Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2011

Aidilfitri untuk showcase mercun:)

Imej
                               Selamat Hari raya aidilfitri:) Malam raya ku dipenuhi dengan riang-riang mercun yang membingitkan telinga. Malah kilauan cahaya mercun turut bergemerlapan di sekeliling rumah ku seperti berada di angkasa raya. Oh jiran-jiranku, kenapa korang sangat baik hati memberikan rumah kami showcase yang sangat meriah ni. Sungguh ku terharu. Berbaloi sungguh duit korang beli mercun itu untuk ditujukan kepada kami. Oh, sweetnya! Takpe2, korang tunggu pukul 4 pagi karang, giliran kami untuk memeriahkan rumah korang. Excitednya. Hehe P/s: siaplah korang, tahun ni, kamiorang lawan semahu-mahunya. Peduli ape kalau korang nak call polis, kamiorang terus mecej Tengku Hasanal Ibrahim kat fb. Hahaha. Aduan: TOLONG, AIR TAKDE. APE NAK JADI JBA BERA NI. RASA NAK SEPAK PENAMPO JE!

Sporting family:)

Imej
                                 Hye korang! Let watch this Maria Elena raya's video. So amaze:) sape tak nampak video tu mang tak lama dah tu:P Whoa, what the sporting family member she have. Ok, stop meniru Maria Elena. Gile punya spoil la, kalau aku buat macam tu, mahu digelak dengan mak/pak sedara aku. Mulalah label aku SSS a.k.a Saya Syok Sendiri! Tapi aku rasa, sekarang ni lagi teruk kot. Family problem yang kritikal dan hanya Allah je tahu kenapa si polan tu jadi begitu sejak arwah babah meninggal. Yes, this family become ruin after babah gone. Tak mau cite lebih, just nak taip " Saya jeles dengan akak Maria Elena!'' ---> wtf motif? hahaha P/s: Kembalikan kemeriahan keluarga pak hashim yang dulu! ;(

picture display:1#

Imej
                            E n try  bergambar bayangkan aku mengheret kaki semasa larian 1malaysia dulu dengan kasut pecah tapak tu .

Firework:)

Imej
                                           Hye korang, Hohoho Aku dah gila update sekarang, almaklumlah balik kampung, eh silap, balik bandar. Haha Tadi, baru je lepas main bunga api. Jadi kanak-kanak ribena kejap. Alang-alang pasang pelita, terus langsang main bunga api. Ok, yang benarnya, kitaorang tengah tension sebab rumah depan,kiri kanan dan belakang semua tuju mercun power-power kat rumah kitaorang. Macam biasa la, perang mercun. Tapi strategi kitaorang tahun ni, nak serang balik diorang malam raya. Hohoho.. Tu la, aku pelik jugak, diorang sangup berbayar-bayar duit ribuan ringgit untuk mercun. Ada jiran lima buah rumah wan aku ni, sangup beli dengan KASTAM, mercun yang biasa kita tengok masa malam merdeka tu. Memang cun melecun la. Itulah kot, kemeriahan ambang syawal.  Pst: patutnya bersedih sebab ramadhan nak meninggalkan kita kan dan tunai lagi banyak amal ...

eh, panasnya hati.

Imej
                                      SABARiah Bt TABAHkhir Walawei, geram gile aku tadi dalam 5 minit tadi. Eh, manusia, tak reti nak hormat bulan puasa ke? Tak reti nak hormat barang orang lain ke!  Harap je lelaki, tapi tak reti nak puasa! Bukan nak aibkan manusia tu cuma aku rasa tak patut dia buat benda tu. Ok, aku geram sebab botol air masak aku kena rogol dengan manusia tu. Siapa manusia tu, tak perlulah nak nyibuk tahu. Dahla rogol botol air aku, pastu dibiarkan je atas meja makan. Dia nonong pergi merempit entah kemana. Eh, tension la ada ahli keluarga macamni! Nak hujung bulan ramadhan ni, banyak pula ujian aku dapat, buku kesayangan kena rogol la, putus kawan la, bom power supply la, tu la ni la. Eh, sabar je la. Apepun, selamat hari raya le. Terpaksa post awal-awal sebab esok lusa tulat tubing dah busy. Pengomen-pengomen tegar blog ni pun dah bercuti belaka *aka...

Khamis: iftar bersama retiss! Jumaat: Menggila

Imej
                                 *Cerita semalam, sorry lambat post disebabkan kesibukan nak balik kampung. Restoran KFC Khamis,25 Ogos 2011 Retiss: Maria Ozawa,Prima Yen, Najwa Latif,Khilafery,Lady gaga dan Woona. Maria ozawa dan woona:)  Maria ozawa Maria ozawa,Woona dan Lady gaga Khilafary, Prema yen dan najwa latif  Depan ICT LIPIS, hahaha  tu dia..  promote xperia prema yen. Haruslah kan. Ni la first time kitaorang keluar makan malam bersama. Almaklumlah dah besar daripada budak ribena dah, so dapatlah mandat buat event sendiri. Hoho.. Eh korang, aku terharu sangat tau walaupun korang dataln lambat mengalahkan mak datin. Ok, aku paham, korang kena sediakan makan malam tuk laki korang kan. Muahaha.. Next time, kita makan dekat village inn pulak. Haha. *habislah kena aim dengan miss amy! SMKK Clifford, Kuala Lipis Jumaat, 26 Ogos 2011 Kami-kami 4k1,4K2 dan ex 4K...

Lain kali nak pinjam, mintak dulu!

Imej
                   Entry sakit hati!     Walawei, geramnya aku. Geram sangat. Cuba tengok ni:     MUKA SURAT KOYAK !!!!  PENANDA BUKU TUNAS ORI PUNYA HILANG !!!! BUKU  DAH MACAM BELACAN !!!! sakit hati gila. Aku bagi pinjam elok-elok, ni makan yang aku dapat. Sanggup mereka merogol novel aku ni tanpa belas kasihan. Memang patut kena kaunseling ar diorang ni. Eee, geramnya saya. Dahla pinjam tak bagitahu aku, budak asrama kan, " harta kau, harta ku jua. " EEE, panas hati derr.  Ok, tak baik marah-marah kan, bulan puasa. Tapi, eee, memang angin la. Aku tak tahulah siapa yang terakhir meminjam buku aku tu, tapi yang pasti budak asrama (perempuan). Nama je perempuan tapi tak reti jaga barang orang dengan elok. Dahla koyakkan buku aku, pastu tak reti nak mintak maaf. Eee, sosial la kau perempuan.  Alhamdulillah la juga sebab buku tu dipulangkan, kalau tak...

Mari release tension:)

Imej
                                      Jom layan vlog Aman Wan. Lawak komik derr.. Salah paham berchating.Sekarang ni aku jarang nak berchating tapi kalau dikenangkan masa dulu, ada jugak lah benda yang aku salah paham dengan orang yang berchating dengan aku. Contohnya: LOL. Ada orang ckap maksudnya LOt Of LOve, tapi ape yang aku baca kat komik, LOL tu maknanya BODOH. So, janganlah pakai. Ngee Hoho..aku pun pikir kalau pakai spek mata lagi nampak mature tapi takde lah sampai nak menjahanamkan mata depan tv. sebijik macam aoron aziz versi tembam... haha Nak lagi, pergilah merendip dekat Youtube. Ngee p/s: nak mood kejam saya balik!vlog macam blog gak cuma vlog ada pengacara cun melecun.

untuk kamu, perempuan dan lelaki

Imej
                                        Entry dari hati:) Wahai perempuan yang dirahmati Allah, ingin ku sampaikan kata hatiku yang telah lama ku pendam. Janganlah kamu salah sangka dengan tujuan ku ini, sesungguhnya aku sama seperti kamu, PEREMPUAN yang punya hati dan perasaan. Wahai lelaki yang diredhai Allah, telah tertulis amanat dan tanggungjawab mu di dalam Al-quran. Tugas untuk membimbing kami yang lemah ke jalan lurus, yang sentiasa menjaga maruah dan agama kami daripada tercemar. Sudahkah kau melunaskan akaunbiliti itu? Wahai perempuan, Perlukah kamu bermanja dengan lelaki yang bukan muhrim kamu? Perlu kamu sedar, lelaki itu bukan ada darah daging dengan kamu. Jagalah batasan kamu wahai perempuan. Sungguh ia amat memalukan untuk melihat kamu meletak maruah kamu ke bawah padahal Allah ...