khalilah
Kekandang ku tertanya pada hariku, ku terima berjuta kata rahmat bagaimana pulak pada harimu? Ku harap Allah merahmati hari mu, seperti mana Allah merahmati setiap umat Rasulullah. Kekadang ku berkata Pada separuh jiwaku Siapa kita untuk mengetahui dan apa ada dengan dia untuk kita? Ku harap Allah menjaga diri ini, meletakkan aku dan kamu di tempat yang betul. Kekadang ku tersenyum Melihat keberadaan diri yang berada dalam dakapan dakwah Adakah kamu pun sama? Ku harap kamu tak menyalahkan aku di depan Allah kelak kerana tidak menyuluhkan apa yang hakiki. Pada setiap jiwa hati manusia yang ada di muka bumi ini, ku harap kamu semua sentiasa berada dalam dakapan tuhanmu :)