30 Tahun di Fansipan
Cuaca pagi di Sa Pa pagi ini tidak selari dengan jangkaan Encha yang mengadalkan terbitnya matahari bersama sang awan karpet. Tujuan dia harini adalah untuk mendaki Gunung Fansipan, gunung tertinggi di IndoChina. Nak mendaki Everest memang tidak termampu, Gunung Kinabalu pun hanya mampu lihat dari niat nantilah. “Tuhan, hentikanlah hujan ni. Encha nak tengok awan karpet beralun-alun diwarnai bunchonya biru langit-Mu” Sempena 30 tahun hidup sebagai Ain Sha, khas dibawakan impian dan harapan makwe ni untuk menaklukan gunung ni. Bila dah sampai, hujan pulak menangisi harapan si makwe. Namun setelah dipujuk oleh si tour guide yang mengatakan masih boleh didaki maka kita pun ada sukalah sikit. Hiks Awan masih gerimis, masih ada harapan ni. Sampai sahaja di station akhir, hujan lebat selebatnya bersama angin kuat. Barisan tour guide bertanyakan jika kami masih mahu meneruskan perjalanan. Jika masih tiada amaran yang menyebabkan tertutupnya puncak, ya kami masih mahu meneruskan. Encha su...