Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2014

Aku manusia juga beb

Imej
Jam menunjukkan pukul 1 pagi dan dia seorang yang angkuh untuk tidur awal dek memikirkan ceritera hidup keesokann harinya. Hari pertama tidur di bandar demi tugas babysitter amat tak selesa. Panas musuh utama dia. Tanpa berfikir panjang, dengan hanya berbaju tidur doraemon yang disopankan dengan baju sweater hitam, berseluar trek, bertudung hitam dan berselipar jepun, kunci kereta milik pak sedaranya diambil. Jalan kelihatan sepi. Hanya penuh dengan hembusan kabus. Dia membawa kereta perlahan, cuba menyelami suasana sepi. Dari jauh dia nampak tempat yang dinanti, sebuah tempat penuh duit yang bernama bank. Perlahan dia berhentikan kereta dan memasuki ruang masuk mesin atm. Tak lama kemudian, dia keluar daripada bank dengan satu keluhan. Ya, memikirkan masalah duit yang keluar daripada masuk memang menyesakkan. Elaun separuh memang menyakitkan hati, cuti sem pun bagi je lah elaun penuh. Tak lama kemudian, dia kembali matang, bersyukur dengan apa yang diberi daripada menyesal d...

entahlah

Imej
Takde idea tapi nak menulis so lahirlah entry kosong cemni. Bacalah kalo rasa nak buang masa. Dia berbaring kaku di atas lengan neneknya, jam sudah pukul 2.49 pagi, masa berbaki beberapa minit menghala pukul 3 pagi dan dia masih tidak boleh melelapkan mata, melepaskan lelah walaupun badanya terasa sangat penat setelah berhempas pulas menjayakan majlis aqiqah dan cukur jambul Nur Zara Allisha walaupun dia tengok adik sepupu dia tu mana ada jambul. Ya dalam kepala hotak dia membayangkan jambul elvis presley. Jenis kepala hotak kanak-kanak, imaginasi penuh. Masuk hari ni dah tiga hari dia jadi seorang insomnia walaupun hakikat dan hakikinya dia memang seorang yang sangat penat untuk minggu ni. Sesekali mindanya mengflashback jalan cerita Insomnia, filem pasal seorang detektif yang tak boleh tidur kerana faktor musim panas di Greenland, Alaska. Penat dia mengelamun memikirkan masalah tidurnya, dia mengulas lembut rambut neneknya yang kian disapa tua. Dia kemudian berkalih ke kanan...