Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2025

Bahasa yang tiada makna

Imej
 Sedih, kecewa. Perasaan yang tidak boleh dibendung. Sekalipun untuk sebuah berita bahagia/gembira. Kerana ada sekelumit kesedaran yang membuahkan perasaan sedih kecewa itu. Yang membenarkan bahawa tiada yang mustahil kalau diupayakan setulus hati. Yang mengakui bahawa tidak perlu bertahun untuk mengikat satu perjanjian seumur hidup. Yang membuatkan diri merasa terpuruk kerana kekurangan itu ini menyebabkan diri ini masih bebas. Lelah merayu, merancang benda yang selalu dibatalkan kerana alasan yang sentiasa membuatkan mengalah itu lebih baik. Segala kepositifan yang ada habis menjadi sel-sel negatif  atau  memang selama ini ia memang selalu negatif tetapi dipandang positif oleh seorang huma yang bodoh dan naif, yang merasakan waktu sedang mengejar. Jadi dipandang buta kerana bahagia depan mata lebih menyenangkan dari sakit kesunyian berhari-hari. Tanpa sedar ia menjadi hati mati. Telah diharungi lautan dunia, ombaknya tidak jemu menggoncang jiwa. Lelahku bukan pada jas...