Tenanglah
Ani penat. Ani letih. Penat melayan keserabutan dalam kepalanya. Seperti berpintal-pintal di setiap ruang. Bising dengan soksek perkataan daripada buah hati dan fikirannya sendiri. Ani letih memahami dirinya sendiri. Paling letih bila dia tidak tahu bagaimana lagi nak pujuk diri sendiri yang tetiba hilang minat, hilang semangat dan hilang selera. Omputeh kata ‘NUMB’. Ya itulah dia rasa. Kalau dulu bila dia stress atau sedih, dia pintar mencari makanan yang diminatinya untuk memujuk dirinya sendiri. Kalau takpun dia akan planning untuk berjalan kemana-mana untuk healing dan hilangkan perasaan yang negatifnya. Paling koman pun dia akan tidur sahaja untuk menghilangkan rasa tidak baik itu. Namun sekarang, dia tidak ada rasa apa-apa. Makan pun tidak selera, berjalan ke mana pun buat dia rasa penat. Tidur pun sukar bagi dia melakukan. Yang dia boleh buat sekarang terbaring malas di atas katil bujangnya, bersendirian tenggelam dalam kegelapan biliknya. Dia penah pergi ke farmasi untuk m...