Lautan
Aku takut laut. Sebab laut itu luas tiada sempadan. Jika kau terapung, kau akan terapung tanpa batasan. Jika kau tengelam, kau tengelam hingga ke dasar yang tiada orang tahu. Tambahan arus ombak yang mengambit, kadang ditarik ke laut dalam, kadang ditolak ke daratan. Aku takut akan itu. Aku kira umur 30 tahun dapat mengubat takutnya laut itu, lantaran aku terlalu tenang melihat geloranya biru hijaunya airnya. Dan bila keserabutan kerja dan sakitnya kisah percintaan, pantailah yang selalu ku cari. Mempratikkan seni termenung melihat laut. Namun tahun ini, dengan yakinnya aku menempah 3 hari 2 malam di Pulau Redang dan 3 kali sesi snorkling. Aku gigih membeli peralatan snorkling, baju renang, topi dan beg renang. Kalini percutian bukan sahaja mengubat patahnya hati tetapi juga untuk healing hidup, detoxin perasaan dan akal fikiran. Aku pergi bersama kekpah dan Mijah. Sahabatku semasa di kolej. Yang masih setia berhubung walau sudah lain negeri dan lain kerjaannya. Hari pertama...