Rahsia Tuhan
Waktu drive balik dari Raub tadi, lagu Rahsia Tuhan keluar ikut playlist Spotify aku yang semacam membawa aku masuk ke zaman belia remaja. Semuanya Rahsia Tuhan yang mana aku dulu seorang Ainsha yang kini pada tahun 2024 menjadi seorang Encha. Lalu terbitlah bicara-bicara halus yang mana dulu akan selalu ku simpan untuk dicoretkan disini. Bukan untuk bacaan sesiapa tapi untuk bacaan sendiri di masa depan. Seperti kapsul masa. Untuk peringatan dan diingatkan Bahawa aku dulu pernah begitu dan sekarang aku begini. Cuma sekarang untuk aku selalu menulis disini sangatlah tidak menyakinkan lantaran pekerjaan aku pun butuh aku menaip beriban surat rasmi untuk diemel, atur cara program untuk dirangka bersama pasukan protokol, tatacara perolehan yang perlu diuruskan mengikut pekeliling rasmi agar diri ini tidak bersarung baju oren kelak dan kerja-kerja lainnya yang seiring usia dewasanya. Ainsha dewasa? Fizikalnya begitu namun tidak tingkah lakunya. Namun si dewasa ini sudah mampu un...