Kelmarin, Orang kata kalau mimpikan seseorang itu maknanya orang yang kita mimpi itu sedang merindukan kita. Dan aku tidak mampu nak percaya analisis tersebut lantaran aku tahu "siapalah aku sekadar perempuan biasa" yang layak dirindu. Faktanya disini, aku disini yang bodoh sakit merindui dan bukan sesiapa yang hadir dalam mimpi kerana mimpi bukan realiti yang perlu selayaknya dihargai. Kelmarin itu, Aku tak paham kenapa kau yang perlu hadir dalam rona mimpiku. Mimpiku, kawasan privasi ku dan itu juga kau mahu jajah? Dan aku tidak mengerti mengapa kau masih tenang berhadapan denganku dan aku juga tenang melayan kau seperti kita tiada 1001 masalah besar yang minta dilerai. Oh ya, kita ada masalahkah atau aku yang sering bermasalah? Lantaran kelmarin itu, Aku berasa sedikit tenang bila bangun dari mimpiku. Seolah sejuta beban yang ditanggung, lerai begitu sahaja. Seolah awan berjaya ku gengam menjadi gegula kapas. Seolah ak...