Pilihan
Hidup ini banyak pilihan. Banyak yang perlu difikirkan. Banyak persoalan tanpa ada jawapan. Begitu juga dengan hidup ku. Aku baru rasa Tuhan tengah menduga aku dengan satu pilihan yang paling besar. Suatu keputusan yang dibuat dari pilihan ini akan memberi impak dan kesan untuk masa depanku. Mungkin aku selalu terbiasa mengikut jalur hidup yang Tuhan sudah tetapkan dengan niat pasrah dan redha jadi Tuhan pun merasa “Ah Danisha ini terlalu mudah hidupnya, ayuh kita campakkan satu pilihan besar. Mari kita tengok dia akan berpegang dengan prinsip hidupnya atau tidak”. Aku teringat dengan Novel Salina karya A. Samad Said yang baru ku khatam semalam. Bagaimana si Nahidah dipaksa menjadi pelayan oleh ibu tirinya. Dia ada pilihan untuk menolak tapi dia pilih untuk akur dengan arahan ibu tirinya. Aku agak marah kenapa dia tidak memberontak? Kenapa dia tidak mencari kerja lain sahaja dalam diam? Mungkin kerana faktor gadis remaja zaman itu yang telah dididik untuk mentaati ibu b...