Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2013

The Lord of the ring

Imej
"Gua kalau akad nikah nanti, gua nak cincin yang rare." AD membelek koleksi cincin emas kedai emas Poh Leong. "Maksud lu, cincin bertahtakan emas berlian?" Nim mula bersoal-siasat sambil dalam hati dah mula syak apakehal bakal bini dia tu. "Apa ke hal, tu terlalu mainstream!" AD menyergah. "Dahtu? " mula mengaru kepala. Mula dah perangai merepek dia tu. "Gua nak cincin lambang tengkorak." angkat kening sambil menghadiahkan Nim senyuman paling ngeri. "Seriously? Habis gua pun kena balun cincin skullhead ala punk jugak ke?" dalam hati dah tak sanggup nak membayangkan senario dia menyarungkan cincin punkhead gitu masa akad nikah. Mahu kena rejam dengan mak satgi. "Lu pakailah cincin batu hikmat yang batu besar yang ada banyak kaler tu." Nim geleng kepala, nak kena budak ni. "Hahaha! Ok, kalau gitu baik gua pakai cincin angry bird yang ada cop tu, takpun cincin power rangers. Memang rare...

Travelog- Sungai Lembing

Imej
Thanks to Kelab Kembara KPMIM.

Sweet 18teen

Imej
2350 pm- 3 september "Penat" keluh hati. Gila tak penat kalau petang tadi semedang angkat kerusi, kemas dewan bagai bagi community service sampai maghrib. Ada rasa nak mengaku jantan. Malam pulak berhempas pulas pulak tahmid depan ustaz. Sekarang baru dapat rasa apa itu rehat. Aku tutup mata walau cahaya masih terang, suasana bilik masih kicau dengan bualan roomate menyiapkan kerja sambil mencarut. "Bila nak tutup lampu? Sakit dah mata ni kena silau." keluh hati lagi. 15 minit berlalu. "Hmm, pehal diam tetiba ni?" aku cuba buka mata. Pulp, lampu dipadam. Kelam. Aku buka mata seluasnya cuba menentang rabun malam. "Selamat Hari Jadi, Selamat Hari jadi" Lagu selamat hari jadi berkumandang sekuatnya. Lampu dibukak, aku pun terbuka untuk merasa malu. Anak-anak aku semua duk berkerimun menyanyi lagu nasional sang individu yang kena lahirnya. Aku bangun, duduk bersila. Senyum. 930am- 4 sept Senyum. "Dah kenapa dari ...