Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2014

Sedar

Telah diberi nikmat tidur itu sendiri kepada kamu tetapi kamu masih merungut dengan alasan mahu bangun lambat Kelak bila kamu diberi tidur untuk selamanya kamu akan menyesal kerana tidak bersyukur telah dihidupkan kembali Itulah tanda manusia yang rugi; -Ain't (24/2.14) Eher, aku pun kaki tidur jugak tapi alhamdulillah kaki je, tangan otak badan semua tak sebab tu kekandang aku tak kisah kalau diminta oleh option kerja untuk bangun awal atau tidur lewat sebab aku tahu kepenatan itu berbaloi apabila didatangkan dengan usaha keras. Cemburu tengok orang lain bersenang lenang? Tak pun sebab aku rasa kalau bersenang lenang tapi kerja pun tak jalan, otometik aku rasa ia jatuh dalam lembah kerugiaan. Sebab tu dalam bab menjaga masa, memang aku sangat tegas. Masa tak menunggu kita, kita yang mengejar masa. Kerja kerja kerja? Kerja apa yang sibuk sibuk sangat tu? Dulu aku ingat aku lahir kat muka bumi ini hanya untuk meneruskan hidup, bak kata orang putih, "Liv...

Terbeban

Imej
Chedok Resort, K. Rompin- 22 Februari 2014 Mata bertakung dengan air mata. Pedih hati ini hanya Allah yang tahu. Bukan patah hati kerana cinta, bukan juga kecewa kerana gagal dalam sesuatu Hanya kerana terbeban antara tanggungjawab terhadap -Manusia kerana tugasan -Manusia kerana Allah. Yang mana option aku ada? Untuk memilih duniawi sebelum akhirat atau meletakkan ibadah sebelum kerja? Aku merenung dengan berkaca laptop ku, fokusku tergendala kerana kesedihan ini lantas mencantas masa ku untuk menyiapkan assignment. Aku berpaling ke skrin telefon bimbitku. Mesej kerja ku tekan keluar, mesej daripada naqibah ku baca. "Usrah ni hanya seminggu dan masa usrah je kita boleh recharge balik iman kita." tambahnya lagi, “Sayang juga Ain tak dapat join usrah besok. Takpelah, Ain cuba dulu besok. Malam ni niatkan agar Allah mudahkanlah urusan yer.” Aku terasa tenang. Sekali lagi semuanya terletak pada pergantunggan  pada ...

Sudah jatuh ditimpa tangga

Imej
Bismillahirahmanirahim. Fuhfuh, cuba mencuri sedikit masa untuk menaip kat sini walaupun idea macam nak taknak je berkerjasama. So dalam masa seminggu dua ni bermacam permasalahan negara dok pompang kat berita dunia mahupun kat burung berkicau (bagi pelajar macam aku, twiter tu pun dah cukup informasi but in simple word.) Dan ada juga manusia yang mungkin pendapatnya terlampau rebel sanggup mengeluarkan statement "Penumpang-penumpang MH370 tu pergi Beijing buat maksiat tu pasal kena bala" Dan aku cuba untuk bersabar walaupun manusia tersebut tidak bersabar dengan kata nasihat daripada orang lain. Betahnya, "Saya ada ilmu sebab tu saya cakap macamtu. Saya ahli usrah takkan saya tak tahu apa itu makna maksiat" dengan penuh keangkuhannya. Dan bila dia ditohmah lagi kerana keangkuhannya, dia langsung membalas "Maksiat yang saya katakan terlalu umum. Mata ke mata adalah maksiat. Buang masa untuk melancong juga maksiat." Aduhh makwe, itukah kata-kata...

Tabahla sayang

Imej
Duhai saudariku, Bertabahlah sayang bilamana hati mu rasa terguris dek kenangan lampau Bilamana hatimu di robek oleh sang lelaki yang tak berguna Yang tak mampu menilai kaca atau berlian Yang murah atau yang mahal Duhai saudariku, Ingatlah kami, rakanmu sentiasa di belakangmu, menyokong sepenuh hati walau dulu kami keras menghalang kerana kami sayangkanmu lebih daripada sang lelaki itu Cinta persahabatan itu lagi ampuh daripada cinta fitrah kekasih kepada kekasih Yang ifiniti itu hanyalah cinta Allah kepada hambaNya. Duhai saudariku, tenanglah kamu di sana,  meniti jihad mencari ilmu, menerangkan masa depanmu. Insyallah, jodoh itu pasti Pangkalnya hati, syukur  Allah masih sayangkanmu :) Walau sekarang kita terpisah jauh, ingatlah kita pernah bersahabat, saling nasihat menasihati, saling ketawa bersama walau keringat penuh dengan duka dan tahulah bahawa sahabatmu ini sentiasa mendoakan yang terbaik untukmu.  Salam dendam ...

Berani mampus?

Imej
Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan dia (yang berhak disembah), yang menegakkan keadilan. Para malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tak ada Tuhan melainkan dia (yang berhak disembah), yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.( Qs: Ali-Imran ayat 18 ) Masjid Negeri Kuantan, 23 February 2014 Bismillahirahmanirahim. “Woi, mohon gula siket. Pepanas gini molek la ngunyam.” Selamba Fuad meminta kepada Dina yang tengah berselfie. “Ala Ad, nak bermanja dengan Dina pulak. Aku ada la woi.” Ujar Fateh sambil menghulurkan dua biji gegula Sweet Sour perisa Epal. “Meh ahhh. Nak high kejak” laju je Fuad mencapai daripada tangan Fateh. Kelas petang memang waktu wajib pelajar mengantuk tak tentu hala, jadi bagi mengelakkan daripada kena marah dek cikgu kalau tertidur dalam kelas, gula-gula la heronya. Dina hanya pandang dengan senyuman sinis. Dina dikira sebagai ratu gegula kerana selalu bawak stok gegula pelbagai perisa. ...