Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2011

Kentang Lenyek Homemade

Imej
Horrayy, sambut tahun baru dengan kentang lenyek. Itupun tak cukup bahan tapi mujur sedap :) Nak masak jugak? Kemon ikut resipi yang aku search kat google pastu aku modified sebab tak cukup bahan. http://irmadilondon.blogspot.com/2011/05/resepi-kentang-putar-dan-kuah.html Ini kentang lenyek tak berkuah sos. Kenapa sikit? Adik aku tak makan kuah, so dia makan yang ni, aku makan yang atas tu. Muehehe :) k selamat mencuba. :) p/s: Hari rabu ni sekolah dah. Papai bebas.

Parody?

Kat Twitter dah jadi trending, FB bila pula? hohoho...  ok, aku bosan!

Sentimental

Imej
BORING. BOSAN. BUHSAN. Baru kemas rak buku dan terjumpa kotak nostalgia aku. Muehehe. Aku ni jenis suka simpan benda-benda yang ada nilai sentimental. Even, kertas pembalut McD pun aku simpan dalam kotak tu. Tapi major-nya surat cinta daripada kawan-kawan. *cough-cough* Kotak comel lote ni pulak, fungsi-nya menyimpan barang-barang penting. Contohnya: Kulit kerang. Memandangkan aku ni takut mandi laut dulu, so aku hilangkan bosan dengan pergi mengutip kulit-kulit kerang tu. *sob-sob*  Cincin ni wan aku bagi. Cincin murah je, yang satu sepuloh hinggit tu. Disebabkan aku ni bukan pengemar barang kemas, aku pun simpan je la. Kunci meja. Ni tahun 6 punye cerita, ada budak kasi kat aku sebab laci meja aku terkunci, so dia ni baik sangat, dia pun bagi-la kunci meja dia kat aku. :)  NI BENDA PALING AKU SAYANG! Figura Cardcaptor Sakura. Dulu, masa aku tahun 5, aku kipas susah mati anime. Tv tu memang terpasang Animax daripada pagi sampailah malam. Majalah Gempakstarz tu me...

Change?

Imej
Social Network?!  Kejadah paling berhantu zaman sekarang. Ok, alang-alang Akak Maria Elena dah buat vlog "talking about social stuff". Harini pun nak mengungkit pasal social stuff yang bernama FACEBOOK! Facebook sekarang dah berubah woo. Kronologi ia sewaktu mula-mula, masa semua orang masih di Friendster/Yahoo Mesengger. Layout dia sangat lain, tak rumit macam sekarang. Rumit ka? Tak rumit hang habaq, ni baca ni, permasalahan yang timbul lepas semua manusia mengerumuni facebook: 1) BAHASA REMPITZ Aq, kaw, tittew, Be$Ar k3Ch!k, minad, derr, duh/doh,un, an dan etc... Nak tanya? Apa masalah korang dengan keyboard ni sampai susah sangat korang nak taip full? Dan apa masalah korang dengan ejaan betul aku,kau, kita, besar kecik, minat, brother, bodoh dan lain-lain tu? Aq : Kau tahu tak, aku tengok aq tu macam aqueos dalam kimia. Ceit, eya pun minat gila dekat kimia, apa salahnya hang taip AKU. Hah, tak la aku terencat duk membayangkan permasalahan kimia. Kalau susah san...

2011!

Imej
Tahun 2011 dah tutup buku. Pergh, tahun ni tahun paling variasi dan adventure gitu. Sumpah, tak pernah duga, tak pernah bayangkan variasi yang gila punye kejam. 1) Panjat pagar sekolah. Inilah kejadah paling berjaya aku laksanakan dalam tahun ni. AKU SANGAT BERDENDAM DENGAN PAGAR TU!Ye, dengan berbaju kurung, menyandang beg bodyglove dan berselipar jepun, aku berjaya mematahkan keayuan-ku. Ahaks, permasalahannya disini, budak-budak ni kata aku ni memalukan mereka sebab pergi kenduri kawen bawak beg sekolah. Rilex ar, tu tanda aku masih budak. Muehehe. Apapun dapat pengiktirafan "ada kawan perempuan yang panjat pagar, itu memang power" sudah cukup bermakna kat aku. Hoho 2) Mengenakan akak pengawas yang spotchek kelas dengan niat nak meraba. Muehehe. Meraba poket la takut kitaorang bawak TELEFON BIMBIT. Maka-nya aku pun geram, aku taruk kalkulator dalam poket seluar. Paling best, terkena-kan Cikgu Raja. Dan-dan aku pakai baju keluar kelas terbalik, dapat jugak mengenaka...

GARANG?

Imej
Nite uolss. K baru bertweet pasal garang. Me? Garang? Untunglah ada twitter. Nah, pelangkung 70 darjah. Garang, subjektifnya dan objektifnya. Kalau garang, anda takde kawan . Itu subjektifnya. Oh, kemonlah, cuba korang kaji balik. Cikgu yang garang-garang kat sekolah tu, ramai je anak murid nak berkawan dengan beliau. Kenapa? Sebab cikgu yang garang ni sporting. Macam mak aku le. * dan-dan promote Whateverla-kan, but for me, garang itu nice. Yelah, perempuan kalau garang menunjukkan dia tak suka orang asing sesuka hati je nak masuk dunia dia. Nak masuk, meh face dulu kegarangan dan keganasan dia, kalau boleh tahan, andalah VIP tapi kalau tak, andalah MUSUH . What? I'm talking about the reality. Kalau garang, nanti muka tak comei/cantik . So kenapa kalau tak comel? Doh, cantik/comel tu memang dah WUJUD dalam diri. Pernah dengar "Natural Beauty"? Kalau ada, bagus. Even kalau garang dengan muka kelat kan, ada jugak mata manusia yang lain nampak korang comel. What? ...

WTH?

Imej
******************** Mencintai seseorang bukanlah apa-apa. Dicintai seseorang adalah sesuatu. Dicintai oleh orang yang kau cintai sangatlah bererti. Tapi, dicintai oleh Sang Pencipta adalah segalanya.     Life is like a rose has many thorns but is beautiful at the same time. Teach me to find the beauty for I am a rose that is dead inside. I do not grow to the light  I fight with all my might. I want to see the light  I do not want to fight. Thorns are everywhere attacking me making me not see what’s important to me. Might my rose be going towards the light if so why must I fight? I now know why I must not cry or die.  I’m a rose with many thorns which made my heart torn. Now I can see the light now I do not have to fight…

Needo!

Imej
Dengan RM14.00, boleh tak aku nak membeli: Pen biru dan hitam sebatang tiap satu. Pen 24 kaler. Test pad seguni! tak berguni! Aku nak bunuh orang! Pembaris 5cm! Pensel mekanikal atau nama kampung nya pensel tekan. Salotape! Aku nak balut mata aku. Ok, macam tak cukup. Rugi tak mintak RM20.00 kat wan. Persoalan disini, aku lebih suka mood sekarang, ye mood AKU MEMANG TAK NAK KAWAN KAU! Itu lebih baik. Kbye. Semalam, beg tangan RM6.90 dah sampai. Ohmie, duit lagi. Buntu kepala hotak aku nak korek duit kat mana. Dulu, kemain, senang je aku cekau duit daripada tabung SOS aku. Haish.... Kasut sekolah aku macam kasut pejabat. Dohh, gasak lah, asal senang nak sarung. P/s: Mengharapkan PMS aku cepat habis, aku nak solat. Nak mengadu kat Allah, suruh manusia tu rasakan apa yang aku rasa. BIORR!

It's me!

Imej
Gelak beriban kali. What? It's true ok! Rasa nak jadi serious killer je.

Ye la sangat?

Imej
Akhirnya berjaya menyiapkan hiasan dinding aku ni hah. Actualy dah siap malam rabu lepas. Alang-alang dah terlanjur bangun sampai pukul 3pagi dan tak boleh nak tidur dah, aku pun terus siapkan natang ni. papan asal. Papan ke? Whatever.  Lepas siap diconteng oleh aku. Hebat tak aku lukis? Pui, menipu je. Tara...siap jua walaupun masih kosong. Mak aku kata kalau nak print gambar, 40sen sekeping kat kedai gambar mentakab. Alahai, kena kumpul duit dulu le baru papan atas tu penuh dengan gambar. It's okay:) Ok. Senyum, aku penat menjerit sebelum buat jadah ni. Derr, ada orang pekak. Sekian. P/s: Aku penat gile, 2 hari tak tidur atas katil. Sakit belakang.

Migrasi

Imej
Saya migrasi url. *sedih* sebabnya url lama saya REMPIT! *sedih* akubudakskolah saya saje tak bubuh E waktu taruk url ni tiga tahun yang lepas. Almaklumlah, dulu saya rempit. *sedih* Seriously, sedih kot migrasi ni. Apepun terima kasih akubudakskolah sebab banyak berbakti dan beramal kepada saya. Jasamu dikenang sampai mati. Papai baby.... Maap ;( p/s: atcualy ada drama lain tapi biarlah rahsia. *sedih*

The truth is...

Imej
Dear my "biscuit" friend, I kind of miss you. Miss talking to you everyday like we used to, talk as friends, talking about everything and anything all nite everyday, spilling our emotions talking about music,movie and our problems,everything.. i just miss when we used to talk, now its like we dont even know each other anymore and it kind of hurts, even though we werent anything, it still hurts knowing we've grown apart and it went by so quickly, i wish i could have you back in the way where we'd just rely on each other, like the old time...but i know it seem like NONSENSE because i always wanted to run from you. If you in my place and feel what my eyes and heart see, you also feel uncomfortable with it. Even, you act also make me hurt, you like " easy come, easy go ", sometime keep contact with me but sometime disappear without feel offend. Treat me like i not have feeling. In my 16teen birthday, where are you as my friend? Nothing  birthday wish from...

cinta? Haremm?

Imej
Baca dan baca, nenek tak bertauliah nak mengarut pendapat dia: Semalam, semalam dan semalam? Ok, hanya dua malam je, adalah seorang kanak-kanak perempuan ini menyatakan keriakan bahawa ada orang mintak cintun dengan dia dan dengan bangga-nya dia menolak dengan alasan cintun itu haram. Kawan aku yang seorang ni memang pantang dengan haram halal ni, maka-nya dia pun kasi la links tok kerul ni . Dan aku? Aku gelak bertepuk-tepuk dengan seorang lagi kawan aku sebab lawak baca status kanak-kanak itu. Dan mak aku punye ayat, " siapa kita nak tentukan sesuatu itu haram atau halal dengan sempurna-nya? Tuhan-kah kita? " Motif? Bukan nak sokong mana-mana cuma nak taip: Kita ada otak, kita ada nafsu, pandai-pandailah kawal. Contohlah-kan, macam biasiswa IPTA tu kan, kerajaan bagi suruh korang beli benda yang bermanfaat. Tetapi pelajar-kan, baik buruk mereka tak sama, so ada yang guna biasiswa tu dengan baik dan ada yang guna untuk benda lain? Macam..err cinta *geli nak taip, Allah...

When i meet the bored

Imej
Bukan nak tiru tumblr tapi hanya nak show off the picture:P Harini saya bosan seadanya. Ini kerana dua ekor kucing yang saya harapkan boleh buat tempat bermain bertukar menjadi emo seemonya. Meow sibuk dengan mimpi indahnya. Mencik-mencik! Si Miu pulak trauma sebab pagi tadi hampir-hampir kena cekup dengan pakcik-pakcik MRSM yang ada misi terbaru iaitu MEMBUANG KUCING! Isk-isk. Disebabkan aku jenis suka memaksa, maka-nya aku pun paksa jugak natang dua ekor tu bermain. Last-last, diaorang tunjuk muka masam. Kwanghajo! Ok, taknak main sudah! Aku pun jumpa buku sketchbook aku waktu zaman tori. Bukak-bukak, "eh-eh, aku ke lukis ni?" *perasan haktui Dek kerana bosan, aku pun capai pensil, tambah lagi contengan. Then ada mesej masuk ajak solat dan aku berbelah bagi je nak balas. Aku pun tambah lagi contengan. Tapi last-last rasa menyesal pulak. Tambah lagi contengan..note to self:) P/s: seriously, bosan gila. Kbai..

why twitter?

Imej
Kenapa ramai orang pilih twitter? 1) Kalau sign in tak lembab macam FB muka depan dia subuh gini len sikit. 2) Kalau kat fb ada HOME kat twitter ada TIMELINE. pukul 4 pagi, timeline tak berapa nak variasi. 3) Kat Twitter boleh mention retiss dengan lebih rapat. ada banyak pic yang takde at fb. 4) Kat twitter kita boleh detect siapa yang unmention nama kita: 5) Kat twitter boleh costomize background suka hati je: aku punya tweet hanya  5 ribu, orang lain dah berpuloh-puloh ribu dah:( 6) Kat twitter takde notification macam fb tapi kita boleh chek aktiviti yang melibatkan kita kat tabs sebelah timeline: 7) Dekat fb cuma ada like, dislike, komen dengan mention kan? di twitter kitaorang ada retweet, unretweet, reply, @mention dan favourite: Kalau kat fb like hanya keluar nama korang sebagai penglike kan? Kat twitter, kalau ada orang retweet kita punya tweet, nama dan tweet kita akan keluar dekat orang tu punya timeline dan profile. See, betapa menghargainya? 8) ...