Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2012

WW# Future Daughter

Imej

Regardless ;(

     Terlihatkan tulisanku sendiri, luahan hatiku sendiri, aku tersenyum. rupanya begitu banyak yang bergolak dihati ini ya Allah. dan ya Allah, begitu juga banyak kasih sayangMu padaku. dimana Engkau tak pernah tinggalkan aku lemas sendirian. ketika aku tenggelam dalam perasaanku sendiri. aku bersyukur, kerana adaNya rasa itu. aku lebih dekat padaMu .                                           " Allah engkau dekat penuh kasih sayang Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis " kuatkanlah hatiku :)

War of flour!

Imej
Entry bercerita:) Harini kan, hari main tepung sempena beyday si poyo helmi. Walaupun pada awalnya, dia berjaya memboloskan diri dan menjadi seperti sesumpah di bilik seni tanpa ada dikalangan pembawa tepung di tangan mampu menjumpainya, namun akhirnya dengan kemahiran drama queen aku, dengan bantuan Puteri, Ros dan Dhasan, akhirnya tepung pun berjaya disampaikan kepada tuan empunya haknya. Tepukan gemuruh kepada Puteri! Orang pertama melontarkan tepung dengan teknik silat haish-nya. Ok fine, amaran telah diberi bahawasanya 4 sept nanti bakal dikenakan prank oleh si poyo yang menaruh dendam dan aku pasti, yang mereka semua bakal lupa akan hari jadi aku. jeng-jeng..... Tetapi bukan itu yang mengembira-kan aku tetapi balingan tepung daripada si Arna yang membuatkan kaki-ku bergerak aktif demi menyelamatkan baju dan tudung daripada penangan putih tepung. Macam orang gila meroyan aku kejar dia masa tadi, tapi malangnya aku bukan atlet macam acik, hanya mampu mereka trick berkesan dan ...

Tell me the truth of liars!

Imej
Semakin hari, semuanya seperti sebuah kisah sedih buat aku. Tekanan, perhubungan, keluarga dan hidup  seolah-olah sedang menduga aku untuk berubah identiti menjadi seorang yang aku langsung tidak mahu jadi. Ya, menjadi seorang pemarah yang meluahkan raut muka yang serius dan pengeluaran kata-kata yang mungkin boleh menyebabkan orang sekeliling aku terbunuh dengan perkataan tersebut. DAN aku seboleh-boleh-nya tidak mahu itu terjadi kerana aku masih ada belas kasihan terhadap manusia. Kalau nak diikutkan dengan "azam aku dalam 2012 ni", aku sedaya upaya untuk mempertahankan perhubungan aku dengan dia dan mereka, menerapkan prinsip sabar dalam diri dan menetapkan memaafi sebagai suatu prioriti, dan pengakhirannya aku mungkin dapat merasai apa itu nikmat hidup sebagai seorang manusia yang ada perasaan belas kasihan, yang hanya ingin menyaksikan sebuah kehidupan yang aman damai dan disertai dengan warna-warni cinta serta daun-daun kasih sayang selayaknya aku seorang manusia,...

You're So Fine

   You're So Fine- Guba feat Yuna It feels like December The birds flew across my bedroom window And the spiral staircase That we used to hang around 'til 3 in the afternoon I remember that day The purple hoodie that you're wearing And the smile up on your face Your hair was flowing in the air As you were sitting by my side You moved me with your tides You're so fine And I wouldn't do anything  To deny you And I would die for You.. Oh baby don't despair  You're not alone I'm always there I wish I was the one who's scared Of the sickness that you bear For as long as I could stay I'll be happy just to see you smile for another day But you're gone now  Oh so far gone now Where the trees are green and cloudy grounds it seems But my time will come  Oh so let it come Where we'll meet again  Until the end of time " Pretend be okay with fake smile in face is reality of someone life, no doubt if som...

i missing my enemy ;(

Imej
      Aku mohon ampun kalau aku berubah menjadi seorang yang bosan kepada kau ;( Aku mohon ampun jugak kalau aku straight forwad membuat keputusan secara melulu tatkala temperature naik diatas faktor perubahan ketara sikap kau.... dan sekarang, aku tak tahu siapa yang salah dan siapa yang berubah.Yang aku tahu, aku benci dengan situasi sekarang.... " The brighter of special friendship is like  lost in the middle of behavior sea and waiting for some miracle come to save it ;( -Ainsha

Ainsha? Wts!!!!

Imej
"Nama saya Ainsha!" "Nama penuh saya Ain Shafika" "Nama saya Amirul Shafik!" "Nama saya Name" Afdal la kalau seseorang manusia tu ada nama manjanya. Ahaks, macam tumbuhan la, nama saintifik kemain la berbelit lidah mata nak baca dang menyebutnya, last-last panggil tongkat ali je. Berbalik kepada nama manja aku tu, sungguh nak tergelak pun ada, nak bangga pun ada, senang cerita dua perasaan melalut dalam satu fikiran yang kontang dengan idea bernas. Sebabnya nama itu terlalu lembut berpaksikan kefemininan seorang gadis semasa, jauh benooooooooo dengan perilaku aku yang terarah kepada hormon lelaki yang penuh kekasaran. Itu waktu si Fadzil dapat tahu nama AINSHA ni, dia tergelak terbahak-bahak sampai keluar kerak kahak yang tak ketara warnanya tanda nama itu sangatlah tidak sesuai dan available buat aku ni hah! Untunglah nama manja aku boleh buat lawak sebegitu ganas kroniknya. Even kawan-kawan sekolah rendah aku pun turut geli nak paka...

Kau perfek?

Imej
Maap atas taipan yang rojak dengan bahasa :) Aku memang tak semegah/sehensem/"sekurus'' kau, tetapi aku MEMANG Superpower/ Supercutest/ Supermodel! Please behave yourself that everything in this world have their supertalented. Janganlah kau nak menghina bagai, nak gelak bagai atas kelemahan orang lain sebab kekadang orang lain tu akan membalas lagi KEJAM daripada apa yang kau lakukan. Manusia ni bukan semua sama, bukan semua ada hati yang kuat, bukan semua boleh terima gurauan kasar. Please lah paham situasi manusia lain, dan tolonglah jangan nak merungut " Lah, tiba-tiba nak moody pasal, gurau je kot ", cukuplah kalau kau mohon maap sahaja kerana itu lebih baik. Ni tak, lagi orang moody lagi-lah kau nak carik pasal, mana akal fikiran kau? Daripada nak carik pasal mula terbit MENGUMPAT. Mula lah salahkan orang tu, orang ni padahal dia tak tahu kisah benarnya, main taram je bergossip yang penting orang tu WAJIB dipersalahkan. Mana akidah kau? Seriusly, hi...

Life change ; /

Imej
Izinkan aku menangis sepenuh hati dengan apa yang terjadi sekarang ni. Aku mungkin tak berhati tetapi tak semestinya aku tak berperasaan. Kekadang aku pelik beranak-kan muskil apabila orang sekeliling aku melayan aku seperti aku seorang yang mempunyai kekuatan seribu orang manusia. Nampak kuat tetapi aku masih rapuh selayaknya seorang perempuan. Hidup berubah, manusia berubah...sama ada menjadi baik atau jahat dan mungkin jadi TERBAIK. Itu hakikat kehidupan tetapi kekadang ia menjahanamkan perasaan orang lain yang mengharapkan tiada apa yang berubah sama ada perhubungan tersebut mahupun peribadi. Ya, perubahan akan menyebabkan kita menjadi orang yang baru kepada orang lain yang mana mengakibatkan suatu perkenalan baru yang "awkward" dan juga menyebabkan orang lain melantunkan irama "Aku yang asing kerana-mu". Tali rantai emas yang sememangnya utuh pun boleh putus pabila diasak dengan rentapan yang kuat inikan pula tali perhubungan dengan orang yang kita rapa...

Kemahuan!

Imej
Randomly post! It's all about what in my minds rite now: 1)Kalau nak lupakan seseorang, mohon delete sebarang nombor hepon, rumah, sekolah, kereta dan sebarang nombor yang dia ada. Block fesbuk dan STOP membaca blog orang tu. *SERIOUSLY* 2) Kemahuan mencarik pakwe baru, nak pakwe baru, nak pakwe baru! Hohoho... ada Meyyo Zeman pun jadiklah. Tapi sayangnya Kak Anis lagi comei daripada dia, hohoho...mohon makwe baru lah. Nak makwe baru, nak makwe baru, nak makwe baru! 3) Kemahuan pergi TERENGGANU! Buat kertas kerja, buat kertas kerja, buat kertas kerja. Hohohoho, 5C1 versi TUNAS. Pedulik hape kalau rasa annoying, yang penting even penting malam tu harus ado! 4) Kemahuan skirt labuh, blouse putih dan tudung biru langit. Nak simpan duit, nak simpan duit, nak simpan duit! Ye, langkah pertama jadi perempuan! 5) Kemahuan clash dengan Encik SPM! Cepatlah habis, cepatlah habis, cepatlah habis. Maap Encik SPM, lepas bulan 12, kita declare putus! Aku takmahu dah tengok awa...

Live your life :)

Teruskan senyuman walau ke-stressan menjemput moody anda. Teruskan buat orang lain gembira walaupun kita dijamu kebosanan dan terus bersyukur walaupun hati terasa perit sakit yang maha hebat, kerana hidup hanyalah sekali  dan kesedihan bukan sesuatu yang kekal hak milik hayatnya :) Find your lie, don’t hide from what you are And rise before you fall, And hope for something more Live if you really want to Live if you really want to Live if you really want to All my life, I’ve been looking for something amazing It’s almost like I’ve been star gazing The sky is riding above me Oh, oh, oh We were meant for something bigger than this Don’t ever try to dismiss yourself Cause you don’t have to lose All my life, my dreams just seemed so far away And now it’s like they’re here to stay I hold it close to me Oh, oh, oh We were meant for something bigger than this Don’t ever try to dismiss yourself Cause you don’t have to lose P/s: Takziah kepada ayah shah yan...

Missing Cat ;(

Imej
Kerana ia hilang aku naik moody :( Seminggu dah Si Miu hilang. Tak tahu ia hilang kemana? Sedih wei, satu-satu benda aku sayang pergi tinggalkan aku. Miu lari daripada rumah sebab aku dah tak bagi perhatian dekat ia, almaklumlah kelas putera-puteri tak mengizinkan aku main dengan ia. Seriesly, tuan kucing mana tak menangis bila kucing yang selalu duk manja-manja dengan dia siang malam, panas sejuk, kenyang lapo bersama tiba-tiba hilang tanpa khabar berita. Aku risau dia kena buang daripada kawasan maktab je, sian ia, camana ia nak survive hidup, ia budak-budak ag kot! ;( Miu, harap kau punya misai boleh detect rumah ni lagi, aku mohon, baliklah anak-ku sayang, maria oh-zawa ku yang optimis, si penghibur hati laraku.  peneman tatkala kepala dah naik biul menstudikan diri dikala malam. Peneman berbicara tatkala hati tengah lara. Penghibur realiti selepas televisyon. Peneman tidur tiap malam hari, pengganti Mr Bear2 yang kian dimamah usia ;( Si natural comel yang...

BR: Cinta Untuk Ain :)

Imej
Masuk kali ni dah dekat 5 kali mak bawak minah ni balik rumah. Kadang-kadang tu ada juga mak dok puji-puji minah ni kat aku. Pandai masaklah, pandai jahitlah, baik, pelajaran ada, agama kuat. Hrm. Memang aku tak nafikan minah ni ok. Kat rumah aku pun 24 jam bertudung. Muka pun sweet bila senyum tapi mak, anak mak ni tak terpikat lagilah dengan dia . -Ain- Hujung minggu ni, mak angkatku merangkap bos aku kat office ajak aku datang ke rumahnya. Mulanya tak nak juga aku. Tapi dia dah 2-3 kali ajak aku pun tak boleh nak menolak. Aku segan juga datang kat rumah dia. Lagi-lagi bila ada anak lelaki dia yang nombor dua tu. Tak selesa aku. Yang aku pelik, katanya kerja dekat Sungai Udang, tapi bila aku datang rumah dia, mesti dia ada. Entah apalah yang dia fikir fasal aku. *** -Is- Hujung minggu tu aku balik ke rumah. Nasib baik mak tak ajak anak angkat dia tu tidur kat rumah hujung minggu ni. Aku pun tak beritahu mak yang aku balik Pontian minggu ni. Menjadi juga taktik aku. Heh...

Gentle FALCON!

Imej
Selamat Tinggal "musuh tapi mesra"!  Prinsip aku, "Menjauhkan diri daripada sebarang Manusia yang akan menyebabkan aku memaki hamun mereka dengan lebih mendalam! Ya, aku flammable!" Tak kisah-la, kau kawan baik aku ke, bekas pakwe aku ke, musuh baik aku ke, partner kerja ke kalau dah melampaui batas cara kau nak menyampah kat aku, aku mohon pergilah daripada hidup aku sebab kau akan buat aku memaki hamun kau tanpa ada had piawaian yang ditetapkan. Aku tak kesah la kau nak meroyan badmood bila bini kau mesra ngan jantan lain ke hape ke, tetapi tak perlu-lah kau nak efek-kan aku sekali. Aku dah tanya awal-awal, kau badmood ka? kau jawab tak, pastu mula-lah melalut loqlak tak supe bikin. ELOK SANGAT lah kan! Aku tak boleh betul hadap dengan orang macamtu, kita kemain risau tapi dia ikut telunjuk pale hotak dia je. Fuhhh, stress aku datang balik, rasa nak hempuk berdas kali tanpa ada belas kasihan dan empati. Mohon batu seribu gram besonya! Memang! Memutuskan ...

Tendency of tiredness?

Imej
Sekolah-ku merampas status umahku! Perlakuan aku bila aku penat mengalahkan ibu/omak/umi/mummy/bapok yang hendak beranak, meneran tak tentu hala 24 jam lama-nya ialah dengan membaringkan diri tak kira dimana jua aku berada, malah kalau boleh mahu saja aku ganti tempat suster ngengsot tu! Itu je cara terbaik selepas memaki hamun tak tentu jantina, YA, aku spesis panas baran tapi hati sensitif melebih kapasiti. Minggu ini yang langsung tiada cuti, lurus je di sekolah, menayang muka yang serabut dekat sekolah begitu-begitu-begitu la memenatkan dan membosankan! Tambahan lagi presentation group, oral english, kerja sekolah yang bertimbun bawah katil, text daripada rakan-rakanku yg jauh nun disana yang menagihkan perhatian aku amat mengalakkan aku menjadi seorang manusia yang mengalami tekanan jiwa, kemurungan tahap sosial!  Kalau dipikirkan balik, macamana gamaknya kalau nak dekat es-pi-em(SPM)? Mahu aku telan pil kuda hari-hari kasi tenaga berpower ranger's merah. Persetankan ...

; /

Imej
Entry ekspress: Minggu yang penuh di sekolah. Macam aku ni budak asrama.... Dan lurus ke minggu depan, lebih banyak tekanan dan kepenatan yang kena lalui. Mohon kepada ALLAH, agar yang aku lalui, peristiwa yang akan aku hadapai kelak adalah sesuatu yang ekstrem dan adventure dan boleh mengubatkan hati nan lara ni. Kekuatan aku sebagai PEREMPUAN yang tabah macam dah expired. Mujur ada tonggak penguat yang sentiasa sedia menyokong di belakang, terima kasih teristimewa buat mereka. Dan kepada kau yang memang ihklas nak berkawan tapi tak pernah lakukan tugas sebagai kawan walaupun kau dan aku pernah terbabas daripada sempadan KAWAN itu sendiri, menjadi lebih teruk apabila KAWAN yang mesra dulu menjadi STRANGER paling aku tak kenali.  Ini bukan auta yang aku reka-kan bagi menyakitkan liver kau tapi inilah kenyataan daripada apa yang aku nampak. "mana oh mana perginya rasa untuk bermesra dan berbicara"-Aizat

harder than i know....

Imej
Boleh aku senyum bahagia bila hati tengah sakit? Kemelut dengan junior form 4 memang buat aku stress dan temperature aku naik berkali-kali ganda. Seriously, aku ni bukan jenis yang suka tahan marah, aku suka lepas segala marah aku, segala ketidak puasan hati aku sampai orang yang aku tak puas hati tu paham dan bisa menerima hidayah. Aku stress bila ada batasan untuk aku melaksanakan segala kehendak jiwa. Senang cerita lah, aku memang nak marah gila tapi memandangkan orang yang carik gado tu hanyalah BUDAK , berkali-kali aku tahan hati aku daripada mengeluarkan sebarang carutan. *sigh* AKU memang tak paham apa masalah mereka sebenarnya? Ok, fine kau memang batak nak cari gaduh tapi tolong cari tempat yang sesuai, ni dekat kantin and waktu perarakan maulidur rasul. Hei, panas hati aku tadi. Diorang fikir kitaorang diam tanda kitaorang takut latu, " Assalamualaikum BUDAK BARU NAK UP , Kakak-kakak form 5 ni bukan budak-budak tadika yang kerja nak carik gaduh tak tentu hala, kami ma...

Mana akidah kau?

Imej
Kami bukan nak carik gado:) Apabila kita menegur seseorang yang lebih muda daripada kita dengan cara paling bersopan ditambah dengan raut muka yang comel plus senyuman paling manis dan kita harapkan budak tu paham dengan teguran kita dan menerima-nya dengan cara baik TETAPI apa yg disangka-kan itu jauh beno daripada pengharapan sebenarnya malahan budak tu balas pulak dengan kejian, anjingan dan perlian, Sungguh aku rasa nak lempang sorang-sorang! Aku pun tak paham jenis manusia macamana budak-budak setahun lebih muda daripada aku ni, aku dulu pun pernah jugak jadi JUNIOR tapi takde la sampai tak reti nak HORMAT dengan Senior aku waktu tu. Ni junior tahun ni, perghhhh kurang diajar sangat tu, memang terlampau kelampauan mereka tu. Ok, maybe diorang rasa diorang batch yang banyak melahirkan straight A so kitaorang yang FORM 5 ni sewajarnya dan sewajibnya tunduk hormat dekat mereka. Eh, blah la wei, manusia kalau tiada rasa hormat, memang aku anggap manusia paling BODOH even kau ...