Hujan itu...
Petang itu
Hujan turun
Duduk aku di jendela bilik
teringin berdialog dengan hujan
Lalu ku bertanya
hujan oh hujan
benarkah kata dia
pada tika dulu
bahawa kasihnya kepada aku seperti lebatnya hujan yang turun?
Sepi mula menjelma
seakan menyambut jawapan darinya
lalu angin bayu menghelus lembut pipiku
membisikkan ke telingaku
''wahai anakku, kasih tidak boleh diumpamakan seperti lebatnya turunnya hujan, kerana selebat-lebat hujan itu, akhirnya ia akan berhenti juga, meninggalkan sisa air kepada bumi."
tersedar aku dari kesahihan itu
barular aku paham
barular aku mengerti
sedalam mana pun kasih seseorang itu, akhirnya akan hilang juga, yang tinggal hanyalar cebisan kenangan dalam air mata...
ingatlar...
kasih ALLAH sahaja lar yang tidak pernah berhenti
malah akan terus bertambah
sedarilar wahai manusia
cinta tidak perlu dicari tak perlu diminta
sesungguhnya jodoh kamu telah ditetapkan
tunggular kamu menanti lar kamu sehingga saat itu
yang indah ibarat taaruf
kerana sesungguhnya jodoh yang baik datang
dari pilihan ALLAH
nukilan ainsha pada 16/11/2010 jam 3.50 petang

Ulasan