Keseraman

Malam tadi...

kerana kelaparan, aku mencapai twisties di dapur. Berhajat ingin makan nyorok2 di dapur, namun hajat tu tak berkesampaian apabila tiba-tiba pintu bilik mak ngah tertutup sendiri. Lantas aku mengambil keputusan melarikan diri ke ruang tamu.

Petang tu...

sedang aku berdamai ngan moyang tu sambil mengipas sate di belakang rumah yakni kawasan belakang bilik mak ngah, tiba-tiba, aku dikejutkan dengan bunyi lagu raya dari kad raya makcu ku yang disimpan dalam bilik tu. Menyeramkan bunyinya. Rupanya, kad tu selalu berbunyi secara tiba-tiba, tetapi apabila makngah aku balik, kad tu tak berbunyi langsung. Sampai sekarang, kami tak menjumpai kad raya tu, macam tahu jew kami nak bakar ia....

jam 3 pagi....

sedang aku syok menspying blogie dalam bilikku, tiba-tiba kedengaran bunyi burung tukang di luar bilik, bunyinya sangat kuat dan nyaring. Aku teringat, ustaz darul syifah pernah bagitahu, tanda2 saka atuk aku tu biler kedengaran bunyi burung di luar umah dan bunyi lang___. Aku wat bodo jew, tanpa aku sedar, aku cakap "hepon mak ada lam bilikni, lam hepon ni ade surah Ar-Rahman, Ayat kursi ngan yasiin, kalau aku bukak, sah2, ade yg terbakar kat luar tu." Lepas jew aku cakap macam tu, terus berhenti bunyi. Pastu dengar orang bukak pintu, then dengar wan aku cakap jangan keluar. Aku ngan mata ngantuk, kepala otak mamai ni keluar dari bilik sambil bawak toto ngan bantal terus amik port kat ruang sembahyang. Baru nak terlelap, alang aku menyibuk, dia suruh tepi sikit, kureng tol, xpew lar, dekat ngan atuk aku, senang dia nak jaga. 

subuh...

dengar suara atuk aku bercerita diikuti ngan suara alang ngan paklong. Rupenya malam tadi, atuk aku kena kacau, ade benda yang dia rawat dulu-dulu datang jumpa dia. Itu yang dia nak keluar malam tadi. Pastu dia cerita pasal bukit payung [bukit kat kg aku tu]. Katanya keramat bukit tu, ade keris tertanam kat dalam tu. ada penjaga yang menjaga kg aku tu. Alang aku citer, masa dulu2, dia selalu terdengar orang baca al-quraan kat atas bukit tu, malah, atuk sendiri pernah nampak 7 cahaya putih kat bukit tu. huish, boleh tahan gak.

Kesimpulannya... haha... berhati2 lar kamu....




divider Pictures, Images and Photos

Ulasan

kira berkata…
hehehe. aku orang indonesia, km orang mana, kok aku kurang ngerti bahasa kmu.
tapi keren blog kmu. lam kenal
Ainsha berkata…
guna translation^^.. salam kenal gak