rocker penakut...

dei, ape kes ni?

kejadian: di belakang rumah beralamat 181 (F) Bkit kepayang.
masa: saya tak suka membelek jam.
mangsa: Ain Shafika binti Shaharudin.

petang yang hening tu [ececeh], sedang frust menonline kan diri, mak nenek pada harini iaitu alang membebel suruh buang sampah! TIDAK!!!
" hok aloh, buang sampah pun takut kew? gedik ar ko". 
OIT, tak tahu citer jangan sesuka nak label aku camtu. Korang tak tahu betapa seramnya belakang umah babah tu walaupun ada banyak rumah peneroka lain. Ini sebab babah cakap benda tu duk bergayut kat reban ayam tu. Aku ni kan penakut. 
Dek kerana ugutan si mak nenek yang mahu mencabut kabel wifi streamyx tu, maka ku gagahkan jugak semangat ku. 
Lalu ku angkat beg sampah menuju ke pintu belakang. Dengan ikat rambut macam budak taska, [yeah, pegi belakang umah jew, bukan ada manusia, ayam jew ada ]aku pun pegi lar jalan kew lubang sampah. 
Bagi menghilangkan rasa takut yang mula datang, aku dengan suara rock [demam selesema] melontarkan lagu kaen putih. Sekuat-kuatnya aku nyanyi. Mata tak pandang atas dah, menunduk kew tanah jew. Sampai jew kat lubang sampah, aku pun buang lar beg sampah tu. Tiba-tiba... jeng-jeng...
aku dengar suara orang ketawa. aish, meremang dah ni. Aku dengan sepantas elektrik berlari masuk rumah. Terdengar orang jerit
 "oit, tadi bukan kemain nyanyi lagu putra, bajet rock lar sangat, upenya justin belieber jew. Penakut nak mampus. Padan ar kena tinggal jew. Hahaha". 
Aku ni pulak, pantang giler orang cakap macam tu, carik nahas kew pak jin. Aku pun patah balik kat tempat kejadian. Panas giler dah ni! Aku ape lagi sekuat-kuatnya aku azan kat belakang tu. Pastu aku dengar orang ketawa lagi, makin galak pulak. Cis, pantang betoi. Aku pun nak stat baca ayat kursi, tup2, aku dengar orang jerit dari dalam rumah. 
"Oit, dah2 ar jadi giler kat belakang tu. Masuklar oit. Hahaha"
hah? aku pusing belakang tengok acu, pakcu ngan alang ketawa berguling-guling. 
aku pun masuk lar umah, tanya kenapa korang gelak?
diorang jawab,
 '' budak manis, aku yg tego ko tadi, yang ko gi azan tu kenapa? hahaha"
hah? aku salah dengar kew? frekuensi silap jalan kew? haha... jadi bengong tol. Tu lar banyak memikir sangat. Kan dah jadi giler. And sampai sekarang diorang tak habis gelak. Wei, dah lar gelak, malu ar. Adush...
MyHotComments.com


Ulasan