Sempoa....


Harini genaplar hari ke-40 pemergian arwah babah.
so, tadi petang kena lar kemas umah sebab malam ade kenduri tahlil. Nakdijadikan cerita, masa duduk mengemas tu, mak ngah terjumpa lar sempoa lama. Dia gelak lar. Aku pun naik hairan turun rasional. Rupanya, ada kisah di sebalik sempoa tu. Mak ngah pun bukak lar kedai kopi. 

Menurut hikayat zaman berzaman.. Haha... Sengal ayat. Acik aku lar punye angkara, kerana ikut kawan, dia pun menurut nafsu, menginginkan sebuah sempoa untuk ditayangkan kepada rakan-rakan lain. Maka, arwah babah pun membelikan sebuah sempoa setelah acik merayu meraung-raung di depan rumah. Setelah mendapat hadiah tidak ternilai itu, maka dia pun menayangkan sempoa itu kepada rakan-rakanya. Tiap hari lar dia bawak sempoa tu ke sekolah sehinggalar suatu hari. Seorang guru yang arif lagi bijaksana telah menayakan sebuah soalan yang begitu indah di dengar. Dengan muka suci, guru itupun bertanya "Hisham, cuba awak kira 2+2 pakai sempoa tu." Lantas, acik aku yang hensem lagi cute tu pun terpana, begitu juga dengan rakan-rakan yang lain. Nek tijahnya, belajar sebelum membeli. 

itu kisah sedih acik aku, kisah aku lain pulak. 
Program Lepas UPSR skkl, macam-macam dibuat. Sehinggalar suatu ary, Cikgu Rohani ngan mak aku suruh aku, Aini ngan Murni belajar sempoa untuk pertandingan sempoa kat Maktab Afuan Afzan. Aku pun belajar lar, masalahnya, pertandingan lagi 3 hari, kitaorang ni mana lar ada basic benda ni, maka belajar lar jugak. Sampai lar hari pertandingan, masa pusingan pertama [berkumpulan], aku conggak jew soalan yang angka senang. Maka aku pun termasuklar senarai perseorangan akhir. Masa tu aku nak gelak guling-guling, sebabnya aku mana reti pakai sempoa tu, aku cuma conggak jew kat meja tu. haha... Tapi nasib baiklar aku tak menang, kalau tak mahu aku gelak berpinar-pinar. Haha...Dapat lar sijil ngan hadiah sempoa free.. Aish, macam memperli jew. haha... Koslonya, entahlar aku pun tak reti nak described..Kah2..

Yo, esok nak balik hutan balik. Lama tak balik bandar dah. Mungkin aku hidup balik kalau aku out ngan Izzah gi CC. Nasib kitaorang berdua, duduk kat hulu. haha.. Isnin ni, start dah latihan merentas jalan raya bagi rumah CTL ngan Watson. Ya, saat ditunggu untuk CTL menjadi juara pulak untuk tahun ni. haha... Asyik Leonard jew, boring gak. Lagipun, tahun ni, ehem-ehem, CTL ramai atlet. Haha.. Berkat Teacher Jamie lar. Ops, SULIT! Hahaha, aku tau ni pun bab Kak Fartonah yang bagitahu. Dia dulu rumah CTL, naik jew upper, kena tukar ke rumah Leonard. Kuang-kuang. Nampak, masa depan yang cerah untuk CTL menang dengan barisan atlet yang gah. Mungkin lar kalau tak slack kat pembarisan dengan hiasan rumah sukan. Huhu,gasaklar hari isnin ni. Harap cukup nafas nak berlari.

Selingan tingtong:

Tengku, ko buat aku blushing plus bluring. Ni aku buat penghargaan! Haha
hoho, BUKTI penting ni! Ingat gugo taipan ko tu. Aku tuntut tiap bulan... Haha

Ulasan

ZWAN SABRI berkata…
Aiseyh, salam takziah yee..
smoga arwah ur babah ditempatkan bersama golongan orang2 yang beriman.. amin!
Ainsha berkata…
errr... thanks..