Bila lama tak berpuitis...

kui3... AKU MANUSIA PALING BOSAN MALAM NI! Nak layan ape, aku pun tarak tahu. Pergh, boleh putus fius Optimus Prime. Hua!!!!!! Aku nak buat apa ni! Nak buat apa! Buat apa!!! Arggghhh!
“ Pohon semalu, memang pemalu! Sifat malu, lambang keindahan dan kemuliaan wanita bermaruah.Hakikatnya, malu bukan hanya untuk wanita tetapi untuk lelaki juga. “
Puk, muncul pulak ayat sastera. Keh2... Ainsha, awak nak bersastera malam ni? Tokseh kawe... Idea tak berapa nak ada.
Sering ku terdengar,Usikan nakal,Si lelaki pada wanita,Phewit, cunnya!Buatku keliru sendiri,Apakah ertinya kecantikan wanita,Di mata lelaki?Adakah pada susuk tubuh yang menggiurkan?Atau pada akhlak yang menawan?Biar apa pun jawapannya,Aku tetap aku,Apa yang ku tahu,Aku seorang wanita,Fitrahku sukakan diri cantik jelita,Namun bukan kecantikan di mata manusia,Sebaliknya,Ku mencari kecantikan yang diiktiraf Tuhan.
kui2.. cantik.. ada apa dengannya?
Ah , semua ini tipuan syaitan semata!
Aku tak mahu terperangkap dalam sumur
Buta cinta,
Pergilah…
Pergilah bersama tiupanmu,
Aku tetap dengan pendirianku
Menjaga maruah dan agama,
Ingin kuterpagar di taman syariatnnya.
Pergilar dengan cinta palsu MU! kui3...
Jauh ku berlari,
Mencari erti cinta,
Yang ku temui,
Hanyalah jauh dari-Nya.
Cukuplah…
Cukuplah dengan kealpaan semalam,
Takkan kuulangi dosa-dosa silam,
Hanya bersama-mu cinta sejati bersulam
Akan ku damba-Mu siang dan malam.
Ape motif aku buat semua ni? Aiyooo.. ape kejadahnya ni....
Takpe lar, merepek kali terakhir, esok busy ngan kenduri dah. Kenduri aku kawen. Lupa nak ajak korang, marilar datang yer. Kui3... Dahlar, mood out... Benci.. huh
Ulasan