Alhamdulillah...
Entry nasihat
KECENDERUNGAN MEMBANDING-BANDINGKAN DIRI KITA DENGAN ORANG LAIN.
Kita merasa orang lain lebih beruntung. Kemanapun kita pergi, selalu ada orang yang lebih pandai, lebih tampan, lebih cantik, lebih percaya diri, dan lebih kaya dari kita. . . .
Rumput tetangga memang sering kelihatan lebih hijau dari rumput di pekarangan rumah sendiri.
Ada cerita menarik mengenai dua orang penghuni ospital sakit jiwa. Pesakit pertama sedang duduk termenung sambil menyebut, ‘‘Lulu, Lulu.” Seorang pengunjung yang kehairanan menanyakan masalah yang dihadapi orang ini. Si doktor menjawab, ”Orang ini jadi gila setelah cintanya ditolak oleh Lulu.”
Pengunjung meneruskan lawatan, Tetapi apabila sampai di wad lain dia terkejut melihat penghuninya terus menerus memukul kepalanya di tembok dan berteriak, ”Lulu, Lulu”. ”Orang ini juga punya masalah dengan Lulu? ” tanyanya kehairanan. Doktor kemudian menjawab, ”Ya, dialah yang akhirnya menikah dengan Lulu.”
Hidup akan lebih bahagia kalau kita dapat menikmati apa yang kita miliki. Kerana itu bersyukur merupakan kualiti hati yang tertinggi.
Saya ingin mengakhiri tulisan ini dengan cerita mengenai seorang ibu yang sedang terapung di laut kerana kapalnya karam, namun tetap berasa bahagia. Ketika ditanya kenapa demikian, dia menjawab, ”Saya mempunyai dua anak lelaki. Yang pertama sudah meninggal, yang kedua hidup di tanah seberang. Kalau berhasil selamat, saya sangat bahagia kerana dapat berjumpa dengan anak kedua saya. Tetapi kalau pun saya mati tenggelam, saya juga akan berbahagia kerana saya akan berjumpa dengan anak pertama saya di syurga.”
kredit: Akuislam.com
******
Bangga riak lawan kepada rendah diri dan bersyukur. Sungguh aku tak paham kenapa perlu memperagakan riak? Jawapan paling afdal la yang selalu dapat:
"eh, itulah caranya i menzahirkan rezeki Allah. Kalau tak tentu depa-depa pandang rendah je kat i. Yang u sibuk-sibuk ni kenapa? Jeles la tu!"
Ok, mungkin itu dari pemikiran briliant dia tetapi caranya itu boleh menjurus ke arah riak dan riak itu tergolong dalam DOSA BESAR! Sungguh, aku memang menyampah dengan manusia macamtu, tersangat meluat. Dia bajet dia je bagus, dia je yang terbaik daripada ladang. Dan bila dia temui kekurangan or kelemahan dia, mulalah dia buat ayat:
"OMG, what the shit my fav subject just get only 89%! I want 100% ! Shit, shit shit!"
Bukan nak ucap Alhamdullilah, di shitnya pulak. Adoilah, memang lah kau nak jadi mat saleh ASLI. Ok, orang pandai kan, mana cukup dengan amaun yang sikit, kena paham tu! {mata pandang ke atas, tangan dibahu}
Maka-nya, walapun kita dapat segedabak beso kemewahan, ingatlah yang semua tu datangnya daripada ALLAH dan sebagai manusia, haruslah kita mensyukurinya dengan 3 cara; hati, perbuatan dan ucapan. Senang je kan?
Being simple, being humble:)




Ulasan
setiap ape yg berlaku ade hikmahnye...=)
syukur...