untuk kamu, perempuan dan lelaki
Entry dari hati:)
Wahai perempuan yang dirahmati Allah,
ingin ku sampaikan kata hatiku yang telah lama ku pendam. Janganlah kamu salah sangka dengan tujuan ku ini, sesungguhnya aku sama seperti kamu, PEREMPUAN yang punya hati dan perasaan.
Wahai lelaki yang diredhai Allah,
telah tertulis amanat dan tanggungjawab mu di dalam Al-quran. Tugas untuk membimbing kami yang lemah ke jalan lurus, yang sentiasa menjaga maruah dan agama kami daripada tercemar. Sudahkah kau melunaskan akaunbiliti itu?

Wahai perempuan,
Perlukah kamu bermanja dengan lelaki yang bukan muhrim kamu? Perlu kamu sedar, lelaki itu bukan ada darah daging dengan kamu. Jagalah batasan kamu wahai perempuan. Sungguh ia amat memalukan untuk melihat kamu meletak maruah kamu ke bawah padahal Allah telah mencipta kamu dengan penuh kemuliaan. Jika kamu menyatakan yang kamu lakukan itu 'sporting', boleh kamu pikirkan tentang balasan Allah yang lagi sporting daripada kamu lakukan? PERNAH!
Wahai lelaki,
Dimanakah letaknya tangungjawab kamu sebagai seorang lelaki yang memegang amanah untuk berdakwah? Dan mana hilangnya tanggungjawab seorang kamu sebagai seorang kawan untuk menyeru kawannya ke arah kebaikan. Jika alasan menjadi jawapan, tidak layak lah kamu untuk menjadi seorang lelaki. Itulah namanya pentingkan diri sendiri.
Wahai perempuan,
Jagalah aurat dan batasanmu. Jadilah seperti serikandi islam, yang tampak lembut namun punyai semangat yang tinggi. Yang sama berdoa untuk kesejahteraan bersama dan yang tidak tamak dalam pergaulan.
Kita sebagai hamba Allah memang tidak sempurna, tapi untuk menjadi seorang yang baik bukan satu alasan. Dan janganlah kamu menangis jika kehilangan sesuatu kerana membazir menangisi benda yang bukan milik kita. Pahamilah:)

p/s: tengah renovated hati derr.. ngee

Ulasan
bersama2 la kita renovate hati kita ni..
semoga hati kita dihiasi dengan perkara yang baik dan benar.. :)
jom renovate hati sama2 :)