Walawei, kita redah je la!!!!

                                Photobucket  


~menahan ke-maluan dalam diri!

Kesibukan di sekolah  membuatkan ketumbuhan bau badan pada diri. #ada kena mengena ke? 
Minggu kemerdekaan? WTS (wa terkejut seh) bila secara mengejut kena buat itu ini padahal mood masih lagi dalam keadaan MALAS. Ok lettew daripada kena berlakon memerah otak didalam kelas semasa cikgu mengajar padahal kepala dan perasaan menyeleweng entah kemana, lepas agaknya ke Antartika selatan. 

Ok fine, lebih baik berlakon memerah otak daripada aku menahan hormon malu aku. Tak pasal kena masuk pidato dan nyanyian lagu patriotik. Tamak bin haloba kah aku untuk mencari publisti murahan? Heh, baik aku ponteng , tidur kat rumah lagi TERBAIKK.

Harini pun mulut aku tak habis-habis membazirkan air liur. Lima masa berlatih pidato dengan Cikgu Haryati yang aku berani JAMIN korang pasti tabik spring dengar beliau berpidato. Kalah Dato Mat Sinar. Alhamdullilah, cikgu sangat berbudi hati memnyedekahkan RM5 kat aku. Itu le rezeki orang berpuasa. 

Petang pulak menghadirkan diri ke sekolah lagi untuk jamming lagu patriotik. Berbazir-bazir air liur aku menyumbangkan lagu 1malaysia. 

 kisah pulak aku kalau ada orang dengki dengan gigi aku yang cun melecun tu.
                                                                                             


Tension juga practice bagai dengan kaum lelaki ni. Main-main je kejenya. Semput aku menahan kemarahan dan ketawaan. Maka-nya, esok redah je la menyumbangkan suara di dalam bilik nasyid. Harapnya takle ribut petir tujuh hari tujuh malam gara-gara suara kami esok. Ngee

Jangan disangka dalam macho lelaki itu tiada perasaan gedik untuk mencuba. Oh, pilihlah saya, pilihlah saya jadi solo. Kah2!

Ulasan