Deal?

# malas nak rotate^^V
Assalamualaikum! Hari ni eden rasa hari main-main eden sebabnya:
Al-kisah pertama#
Pagi tadi sekolah eden ado spotchek. Ketua Pengawas baru mula tunjuk belang lettew. Misi utama meka-meka tu nak rampas HEPON! So, geram punya hal sebab ada main raba-raba badan ni, aku pun terpikirkan untuk membuat onar. Eden pun masukkan kalkulator eden yang memang iras Blackberry tu dalam poket seluar eden pastu tunggu akak-akak spotchek tu dtang. Bila depa datang je, eden pun buat muka naif. Akak comel tu pun datanglah raba eden sampailah ke seluar eden, dia rasa sesuatu. Dia tanyolah "hah, apebenda ni?'' sambil tangan pegang poket. Eden pun dengan muka puas mengeluarkan kalkulator "kalkulator je kak" sambil senyum paling manis yang eden ado. Agak tak menjadi le sebab akak tu comei sngat dan sweet je, eden tak buleh ngan orang macamtu. Goyang lu.Haha
Alkisah kedua#
Lepas rehat, sedang syok kami satu kelas menulis karangan ulasan, tiba-tiba Cikgu Raja panggil ketua kelas. Tanpa beri salam kot, mahu terkeju eden. Beliau marah sebab ada plastik dalam tong smpah. Tak pasal kena denda RM3 dan kena bebel dan kena marah. Rasa nak nagis kot sebab dijerkah begitu. Takpe la, taknak kawan cikgu dah.
Tak lama pastu, puteri ajak eden gi toilet. Almaklumlah sejuk2 ni, jadi manja lak puteri ni. So, keluarlah dengan pakai baju keluar kelas yang macam baju alam flora tu.
#hah, sekolah kau ado baju keluar kelas macamtu? ado? ado? *malu gile kot
Aku siap awal so aku tunggu le si Princess tu kat depan tndas. Nak dijadikan cerita, Cikgu Raja pun kluar le dari bilik guru. Eden dah rasa sesak sebab tadi kelas kena marah, so aku buatle tak nmpak kewujudan cikgu tapi malangnya cikgu menyedari kewujudan aku. Dengan semangat Cikgu tego "Hah Ain, apesal baju awak tu!". Aish, dalam hati gerun dah, cikgu period gamaknya kot. Aku pun jawable, apa yang tak kenanya smbil belek baju keluar kelas tu. "awak punya jalur ni hilang kemana, ganas sungguh..bla..bla" Aku hanya mapu jawab "bukan saya!'' dalam hati tu rasa sebu gila-gila dah. TIBA-TIBA, Tirah menyampuk, "eh Cikgu, dia pakai baju keluar kelasTERBALIK la". Diam sekejap....... "PADAN LA" terus cikgu gelak terbahak-bahak. "Ain ni, ada ke pakai baju terbalik..bla..bla" terus Cikgu blah ke kereta. Malu la tu Cikgu. Tu le, jangan main jerkah je Cikgu, nasib baiklah ada Tirah tadi, kalau tak, mahu aku terkencing dua kali kat situ.
Revenge is sweet le.Hoho
P/s: minggu depan exam, so jarang le kita ngupdate. Kononnya la..Hoho~


Ulasan