Stop it~
Assalamualaikum! Nak tahu tak yg aku pernah cuba nak membunuh sorang kawan perempuan waktu aku umo 7 tahun. Sebab apa? Sebab kami main-main dekat atas bukit dan aku tertolak dia sampai jatuh berguling-guling! Dan apa jadi lepastu? Aku masuk sekolah juvana dan kawan ngan botak? Nonono, aku cuma kena marah dan dipinggirkan oleh semua orang. Apa perasaan aku? Sedih, takut, malu dan SUSPEN. Ape insiatif aku? Hanya mendiamkan diri dan meminggirkan diri selama sebulan. Lepastu? Budak-budak lagi masa tu, so depa macam tak kisah dah lepastu. Cuma aku menjauhkan diri ngan budak yang aku nak 'try' bunuh tu sebab aku taknak dia cedera lagi kalau ngan aku.
Itu kisah zaman aku kanak-kanak, sekarang ia terjadi lagi tapi dalam versi yang lain. Maaplah, tapi aku tak mahu cite dia pasai pa. Yes, aku bila aku dah buat salah kat orang lain, nak-nak lagi orang yang aku sayang, memang aku akan menjauhkan diri. Aku akan buat diri aku hina depan mata dia supaya dia tak hingin nak hadap muka ni, biar dia jumpa orang yang perfek tuk dibuat teman.
Bukan nak cakap niat aku tu baik tapi aku rasa cukuplah kan aku disalah anggap. Even kita tengok tiang elektrik tu, kemain dari jauh tinggi tapi bila dekat gemok. Macamtu la aku nak imaginekan. Senang celita, aku tak suka tengok orang yang aku sayang sedih bila dekat dengan aku. Sekian~
Silam yang kelam bukan penghalang untuk suatu pengorbanan:)
Ulasan