Ben Müslümanım(2)



Suasana stesen kereta api sedikit bingar dengan gerombolan manusia. Anne dan Aishah duduk menanti kereta api yang akan tiba tepat jam 8 pagi. Anne masih tekun membaca novel Nora Roberts-Carolina Moon manakala Aishah duduk memerhati gelagat beberapa orang remaja.

Anne berhenti membaca dan merenung jam tangannya. Lagi 10 minit. Dia kemudian memandang Aishah. "Beb, kau tak lupa kan?" soalnya kepada Aishah sambil melentokkan kepala ke kerusi seperti orang malas.

"Hah, lupa apa?" soal Aishah sambil meniru gerak laku Anne.

"T-I-C-K-E-T"

"Eh, haruslah bawak" Aishah bangun dan mencari tiket dalam beg tangan biru miliknya. "Nah, ambik ni, karang lupa pulak" sambil menyerahkan tiket kepada Anne.

Anne mengambilnya dan meletakkan ia didalam saku poketnya. "Aishah, kau tahu kenapa aku suka naik kereta api?" soal Anne tiba-tiba.

"Hurm, sebab kau nak bertemu jodoh dalam tu kan? kan?"

"Heh, itu pemikiran kau je! Kau tahu, aku kalau duduk dalam kereta api, beriban idea datang mencurah-curah" ujarnya sambil tergelak kecil.

Aishah menyengetkan mulutnya. "Dan kau nak tahu tak, kekadang kau ni poyo tahap kriminal. Geliman aku" sambil mengeliatkan badan tanda kegelian.

"Eh kau ni, betul apa aku cakap! Kau tengok JK Rowling, dapat idea tentang Harry Potter daripada dalam kereta api. Kau hado?" tangannya terus mengeletek pingang Aishah. Aishah terus berlari meninggalkan Anne. Terjadi adengan kejar mengejar antara mereka berdua.

Pon...Pon.. Terdengar bunyi kereta api meluncur laju. Anne dan Aishah berhenti bergurau dan berlari mendapatkan beg bagasi mereka dan membawanya masuk ke dalam koc kereta api setelah kereta api berhenti.

"Koc 1 tempat duduk 2A" ulang Aishah berulang kali. Aishah seorang yang pelik. Dia boleh menjadi seorang yang mempunyai daya ingatan yang luar biasa tetapi kekadang mempunyai daya kelupaan macam seorang nenek. "Hah, tu dia!" Aishah menarik tangan Anne dengan kuatnya. "Hoi, rilex ar. Kereta api berhenti lama kot" teriak Anne.

Sampai di tempat duduk, mereka meletakkan beg mereka di tempat letak beg. Anne sudah mengambil tempat bersebelahan tingkap. Dia terus menyangkutkan earphone ke telinganya dan mengeluarkan novel Carolina Moon daripada beg tangannya.

"Nur Anne Maishara Binti Dean Abdullah!"

Anne terkejut dan kaget melihat disisinya seorang lelaki yang cukup dia benci. Dalam masa yang sama, dia tertanya-tanya kemana hilangnya Aishah. Dia merenung tajam lelaki di sebelahnya. "Excuse me, my name is ANNE SARAH DEAN!" ujar Anne dalam nada marah.

"Eh, are you sure? Try check your ic?" soal lelaki itu dengan senyuman. Dia mendongak dagu dan memandang tepat ke arah Anne.

Anne geram dengan soalan itu. Dia menarik nafas dan menghembusnya dengan perlahan. Dia berpaling dan turut mendongak dagu ke arah lelaki itu. "so what? Penyibuk?And where you hide Aishah!" soal Anne sambil menjulingkan mata.

"Haha, it's cute. Wajib kot jadi "penyibuk". I'm your brother."

" Ha ha ha! It's funny! Since when my mother born you as my brother? Perasan!" Anne menjelirkan lidah tanda mengejek.

"Haha, brother as muslim?" ujar lelaki itu sambil menghadiahkan Anne sebuah kenyitan mata.

"HUH! Anne berang mendengar itu, dia terus meninggalkan lelaki itu dan keluar mencari Aishah. Dari jauh, dia terlihat susuk perempuan bertidung biru sedang membeli makanan. Anne dengan lajunya menerkan perempuan itu.

"Wei, apasal si Shafik sengalan tu ada kat sini!" teriak Anne. Tercungap-cungap dia menahan nafasnya. "Uii, terkejut aku. Chill la, kau tahu kan keluarga aku macamana? Mana bagi anak dara keluar tanpa ada penjaga ketak-ketak." ujar Aishah sambil tersenyum.

"Ok, i know it but why must him?! Kau tahu kan betapa antinya aku kat dia?" gasak Anne lagi.

"Alahai, Anne. Dia sorang je abang aku ada, dah tentulah dia yang kena jadi penjaganya. Dah-dah, nah aku belikan kau nasi ayam berempah ni." Aishah menghulurkan plastik berisi polistren kepada Anne. Terbeliak mata Anne mendengar akan nama makanan tu. Mukanya berubah dalam masa 5 minit.

"Hah, ayam berempah! Jom-jom, lapar dah ni" tawa Anne sambil menarik Aishah ke dalam kereta api.Aishah tersenyum dengan gelagat Anne. "Senang betul nak mengampu dia ni" bisik Aishah dalam hati.

*****************


p/s: perempuan merajuk diminta dipujuk. Kerana apa? Mereka hanya mahukan perhatian.

Ulasan

anys nadhilah berkata…
daya ingatan yang luar biasa , daya kelupaan yang sudah biasa , boleh ? hekeke ...