Will Go On

 

Menangis adalah jalan terbaik untuk melepaskan tekanan!
Beberapa hari ni, ter- menghadapi masalah dan ia amat sukar sedikit untuk aku tempuhi. Well, perempuan kan? Sensitifnya melebihi kapasiti. Alhamdulillah, minggu ni mungkin akan bertambah baik. Dan sekarang dalam mood standby nak pecut. Yolah, next years, i will be SPM kipas-susah-hidup. Tulah, minggu ni aku rasa bapak gila teruknya, boleh dikira berapa kali air mata tebazir dengan penuh manfaatnya. Oklah, taklah stress sangat kalau cemburu tahap raban tu, cuma stress dengan lancangnya mulut aku sampai aku lari daripada rumah wan aku. Takmaulah buat gosip liar kat sini tentang cerita benarnya. 

Tulah, aku ni berangin badan kuat sampai terencat sikit fius budak baik kat otak ni. Buat wan aku, maapkanlah cucumu yang kurang ajar demi mempertahankan wan ni. Nanti lepas spm, Ain duduk sana ye, jangan cakap dah "janganlah balik, sunyilah wan", sentap hati 45 darjah dengar wan cakap macamtu. 

Dan kerana perbuatan itulah, aku dimarahi oleh semua kaum kerabat sampai baru je balik melaka terus balik ke kampung. Penat tu takyah cakaplah, baru je duduk dah tertido. 

Itu satu hal pastu hal aku hilang perasaan sebab aku pun tak tahu. Ok, takmahu sentuh cintan-cintan ni kat sini, mahu muntah berkaler-kaler. Cuma nak taip, kalaulah aku ni bekerja dah lama aku gi melamar orang tu jadi suami. Apa? Siti Khadijah elok je pergi lamar Nabi Muhammad. Ok, masih belum boleh, lesen SPM tak pass lagi. *hentak berlipat*

Pengajarannya daripada ujian yang aku terima minggu lepas ialah: KEEP CALM & ISTIGHFAR. Cuba pikirkan yang setiap kesusahan pasti ada kesenangan lepas daripada itu. Mohon undur diri untuk berbulan-bulan atas faktor kemanusiaan dengan SPM. Sekian

p/s:19 Dis to SMKS Bera. Menjalani eksperimen bersama pakcik selama seminggu. Siaplah peka aku untuk form 5, Amin & jangan malu untuk singgah kesini:



Ulasan

Aleen Aiden berkata…
semoga semuanye dipermudahkan untuk kamu. :)
Syahirah Suhaili berkata…
bersabar ye..setiap dugaan tu tandanya dia maseh syg kta..hoho..smoga lepas nie jadi lebeh tabah :D