orang kata....

                                        Photobucket 

photo & edited by me


Orang kata, rindu itu ialah zina hati jadi aku nekad untuk tidak belajar merindui tetapi ia mengakibatkan perasaan curiga dan sakit hati dalam diri.


Orang kata, lelaki ini cepat berubah hati apabila bertemu dengan perempuan lain. Jadi aku berusaha untuk tidak belajar mencemburui tetapi terlambat kerana mata dan naluri ini telah diajar untuk menerima kebenaran yang dirasai tanpa memikirkan ia sahih atau fasih.


Orang kata kalau kita selalu memikirkan seseorang, dia akan muncul dalam mimpi kita jadi aku berusaha untuk tidak memikirkan dia tetapi semakin lama aku berbuat demikian, semakin kerap dia kunjung tiba dalam mimpi-mimpiku.


Ya, jujurnya aku sangat rindu kau, aku cemburu memikirkan kau bersama perempuan lain dan selalu memikirkan kau. Memang! Memang perbuatan ini salah dan tidak patut bagi aku untuk berbuat demikian tetapi tanyalah sama pemilik diri dan hati ini, pernah tidak aku meminta kepadaNya untuk jadi begini?

Bila Dia telah menetapkan sesuatu, maka terjadilah ia dengan kehendakNya(kun fayakun)

Ulasan

x berkata…
correction here, zina hati is keinginan hati ingin membuat sesuatu maksiat. tak salah kita rindu org, tp tu bukan zina hati, tu nama nya ngada atau gedik *HAHA LOL* kalau rindu lelaki tu zina hati, takkan kita tak leh rindu cgu2 lelaki kita kan? *i'm just saying mehh*
Aisya사쿠라♥ berkata…
bukan ke zina hati tu kita membayangkan kita berzina? haha sorry saya budak lg tak paham benda2 ni..

saya pun prnah melalui semua ni tp lama kelamaan perasaan kpd lelaki tu pudar bila laki tu bersama dgn yg lain.. sy biar je laki tu T^T masa yg menentukan..