Penunggu!
Jam menunjukkan jam 5.49 petang. Keadaan kelas 5 Cokmar 1 kelihatan suram ditambah faktor awan yang mulai hitam.
"Aduh, nak kencing le pulak!" keluh aku dalam hati. Aku terus menuju paip yang terletak di belakang kelas. Eh, bukan untuk melepaskan hajat tetapi membasuh tangan yang sedia comot dengan cat mural. Keadaan sekolah petang-petang begini memang agak menyeramkan ditambah lagi dengan cerita-cerita seram yang dikhabarkan.
Aku menghela nafas dan kembali masuk ke dalam kelas. Piqah masih sibuk menampal sudut mata pelajaran manakala syidah dan Ama sibuk dengan mewarna dinding.
"Grr, tak tahan dah ni. Kena buang jugak ni!" gumam aku dalam hati. "wei, aku pergi tandas dulu ye!'' jerit aku tanda meminta perhatian.
"Tak tahan sangat la tu" ujar Piqah sambil ketawa jahat. Aku tersenyum sumbing dan terus meneruskan niat aku ke tandas.
"Untunglah pakai kasut ketak-ketuk macam Cikgu Jijah!" Jerit Helmi tatkala melihat aku berjalan menuruni bukit kecil. Aku berpaling memandang dia, "Kau nak torai makan kasut ni tak?" ujarku sambil menyarung keluar selipar jepun yang disalaherti sebagai kasut tumit tinggi oleh jejaka paling poyo dalam 5C1. Dia hanya memandang senyum.
Aku meneruskan perjalanan ke tandas dengan iringan ayatul kursi didalam hati. Ya! Memang aku seorang penakut! Itulah sifat semulajadi perempuan! Laluan gajah menyusur sunyi sepi ditemani dengan bunyi tapak kaki ku. Angin yang bertiup begitu menyeramkan dikala seorang diri kini.
Baru saja melepasi blok bangunan makmal Lukisan Kejuruteraan dan Bilik Seni, aku mulai rasa tidak sedap hati. Ditambah pula dengan cerita-cerita seram akak-akak dan abang-abang senior-ku membuatkan hati aku berdegup lebih pantas. Mulutku tidak berhenti daripada menyebut ayatul kursi.
"Eh, kenapa kelas 5C4 ni lampu terbukak?" tanya-ku dalam hati. "argh, lantaklah, yang penting urusan ku dengan toilet harus dibereskan dahulu", aku terus meneruskan perjalanan ke tandas. Mata aku sempat mengerling ke arah pejabat JAGA. "Pakcik jaga takde lah, bolehlah curi masuk guna tandas guru" aku dengan semangat waja menerjah masuk tandas guru. Angin tiba-tiba bertiup kuat, pintu-pintu blok bangunan kedengaran tertutup terbuka.
Baru saja aku menitipkan kaki ku di hadapan pintu tandas, tiba-tiba ia tertutup dengan rapatnya! Seperti ada orang yang menutupnya dari dalam. Aku terkedu tidak percaya untuk beberapa saat. Hati aku berdegup lantang tanpa ada niat mahu berhenti. Aku berpaling ke belakang dan terus berjalan laju menuju ke kelas semula.
"Ya Allah selamatkan hambamu ni daripada godaan setan" laju langkahku aturkan. Dari jauh aku melihat Tengku tersenyum manis bersama Acik. "Err, diorang ni, kalau aku cerita ada binawe kat tandas tadi, konfirm hilang bunga-bunga cintan tu" gumam aku dalam hati. "Tengku!" aku menjerit memanggil. "Kenapa?" ujarnya yang masih dalam mood cintun. Aish, kalau ada pokok sakura kat sini, mahu dia ni menari ala bollywood kat sini.
"Teman aku pergi tandas, tak tahan siot" ujarku sambil menghadiahkannya sebuah sengih cuak.
" Alala, nak bermanja pulak dengan aku. Jom-jom!" sambil menarik tangan aku pergi ke tandas.
"Err, tapikan.... kau berani ke tak ni?"
"Hah, kenapa ni? Kau jumpa han....?" Eksprisi muka bahagia bertukar jadi cuak.
" Shhh, kau ajaklah Acik sekali. Boleh gak teman kau kan..ha ha ha"
"Ok-ok, kau jumpa apa tadi?"
Aku pun menceritakan kembali apa yang berlaku sambil kaki menuju ke kelas semula. Muka Tengku sangatlah cuak secuak susu soya yang suci gitu. Dengan iringan awang hitam Tengku, kami pun memulakan perjalanan kembali ke tandas. Acik tak habis-habis gelak, nak je aku suruh hantu tu kacau dia ni. Baru je sampai dekat bangunan makmal LK, aku lihat satu lembaga.... lembaga yang menyentapkan emosi dan cuak aku dalam tandas tadi... ya lembaga itu! Lembaga itu yang ku sangka hantu adalah Pak Jaga! Hantu kau pak jaga! Tandas perempuan pun kau nak balun jugak ke! Memang aku sumpah seranah pak jaga tu beriban kali. Hilang kejatanan aku disebabkan dia.
Moral of the story: jangan nak gelabah sangatlah bila dah cuak. Watlek, watpeace sudahlah. Sekian terima kasih :)
extra: Ada yang ditokok tambah sebab untuk kasi power lagi. Maap kepada pasangan sejoli kalau tersentap dengan entry titew. Mohon maap :)
p/s: Cerita ni, aku taip malam jumaat haritu lagi tapi disebabkan faktor kilat, tertunda sampai hari ni. Ya, modem rosak kerana kilat! Sabo je lah. Kbye
Ulasan
alolo rajinnya wat mural..hee