Stress?
Bila korang stress, mesti korang rasa nak makan je kejo even korang dah balun lima pinggan nasi berlauk.
Bila korang stress, mesti korang rasa nak marah tak tentu hala je, emo tak kena tempat, merajuk tak tentu pasal.
Bila korang stress, mula korang takde idea nak update entry kan? kan!
YA, DENGAN BANGGANYA AKU STRESSSSSSS!
Ok, tak baik stress kan? Cer tengok macam dua mahkluk Allah ni, pape pun masalah, kerjonya tido je.
Untunglahkan jadi kucing.
Masalahnya kan, aku bukan kucing dan korang pun bukan kucing kan? So afdal la kalau memasing ada penyakit stress ni.
Sebelum stress ni makin bertambah stress, baiklah pegi medicare kan? So cara aku melempiaskan nafsu stress ni dengan :
1) Makan cokelat :)
Tahu dah minggu pertama ni bakal hadap stress, so aku dah beli sepeket cokelat choclair. Declare la kitaorang dating tiap kali aku tension. Muehehe.
2) Special Sundae :)
Ni terapi paling special. Terasa semua stress mencair dalam mulut. Erm, tedapnya. Ahaks . Tak caya? Tipulah kalau tak percaya, aku jamin korang semua ni kan kaki makanan.
3) Baca bahan bacaan yang ringan bukan LUCAH:)
Contohnya: Majalah
What? Aku masih ada separuh sifat feminim, ok! *mata keatas tangan dibahu
Takpun, KOMIK!
What? Aku masih ada separuh sifat ganas k! *gelak jahat
NOVEL? Kejadahkan? Kita tengah stress baca pulak novel yang jalan cerita pulak penuh konfliknya, mahu bertambah stress. Btw kalau dah stress, memang takde nafsu la dekat novel. Sorry sayang ;(
4) Surfing the internet:)
Kejadah ni paling terbaik la kan. Cara aku la, aku suka main code blog. Bila dah asyik torai code html kejadah tu, rasa macam dah takde kat dunia realiti. Rasa macam dekat dunia maya dan jadi macam maya karin je. Heh? Motif? Abaikan. Serious! Abaikan!
5) Menghadap Tuhan yang maha esa.
Ni cara paling berkesan lagi mujarab lagi efisien lagi hebat lagi dan lagi dan lagi... Senang cerita, air wuduk tu pun mampu menjernihkan kemarahan dan ketensionan yang terlekat dekat diri tu. Dah tahu? Kfine, untunglah dah tahu kan?! *sengih jahat
Apa-apa je lah kan caranya, asalkan korang rasa bahagia dan terjamin esok hari masih hidup. Ceh, bahasa, agak kurang ajaq na! Kbye :)
p/s: Aku mohon cuti raya cina dicepatkan! Ohmai *tangan didahi

Ulasan
jgn stress!heeee