Takwin 2012



''Untunglah kamu wahai orang-orang yang beruntung!"- Ainsha

Akhirnya, dapat jugak aku bernafas dengan melodramatik-nya! Sungguh, kerana mouse sebijik, tiga hari aku tak muncul, lantas alasan kesibukan SPM menjadi alasan dan daripada alasan itulah ia menjadi kenyataan!


Ya, mendapat kelas pertama bukanlah sesuatu yang dapat menjamin kau akan selamat daripada kena aim, dan bukan jugak kau selamat daripada turun kelas lepas di-streaming lagi dan bukan jugak alasan gambar kau akan terpampang di banner depan pejabat. Sungguh, ia satu tekanan yang membunuh!


Semua pakat gila kuasa, mesyuarat agung semua nak pegang ahli tertinggi. Maka bermula era "kau undi aku tau". Tak ku sangka mendapat dua percalonan walaupun tak semegah mana dan ada jugak yang sudi mengundi aku ni yang tak berapa nak femes lagi glemer ni. Maka- jadilah aku bendahari kelab woodball yang mana AMA jadi pengerusi dan AJK form 5 untuk kelab Bimbingan dan kerjaya.

Kembali kepada SPM, semua guru dah mula menyampaikan hasrat target memasing. Teacher dah warning, exam bulan 2 ni satu kelas wajib dapat A ke atas dan Cikgu Junaidah dengan aura membunuhnya memberi warning tiada G, E dan D! Cikgu Mazlinor dah menyatakan takwin lepas raya cina ni, kelas putera puteri siang malam ditambah lagi dengan kem kecemerlangan. Ya, bertambah-lah kegemukan diriku lepasni!

Pergi pulak kepada pengharaman KAMERA. Ya, dengan ini aku akan mengambil risiko membawa barang haram ke sekolah. Mohon kawan-kawan ku yang lain mencoverkan diri ku ini yang hanya gilakan gambar korang yang cun melecun plus ciut miut itu! Arghhh, cepatlah borang cadangan PIBG diedarkan, harus je aku nak buat piket menentang pengharaman ni!

Niat aku untuk jadi budak baik tahun ni tanpa membuat jenayah amatlah tidak menjadi di atas faktor sekeliling yang menjadikan aku seperti seorang LELAKI! Datang awal ke sekolah hanya kerana gilakan aktiviti memanjat pagar belakang kelas ditambah lagi dengan menjahanamkan motor seorang manusia yang kini tengah membabikan aku diatas penggunaan UNTUNGLAH ketika menyindir dia. Akhirnya, satu memo yakuza diberikan dengan menggunakan " Insaflah daripada mengutuk orang" HEAVEN! Dan lepasni, aku tak tahu apa lagi jenayah ringan-ringan yang bakal aku riakkan!


ohmai, kestressan tahap pertama SPM membuatkan aku gilakan makanan lebih daripada biasa! Dan-dan bapak aku buat stok coslow untuk seminggu ni membuatkan aku jadi vegatrian untuk seketika. Ye, lepasni ada seorang perempuan gemuk lalu jangan terperanjat kalau itu BUKAN aku! muahahaha

Ok, mohon undur diri dulu. Oral BI minta disediakan, esok bakal stay late sampai pukul 5 untuk me-reka dialoge yang lawak lagi bermanfaat! Doa-kan aku tak mudah give up dengan segala permasalahan sampingan ini. Kbye :)

p/s: ayat aku terlebih dramatik dan lenggok. Pedulikan ayat aku yang makin matang mengikut arus hormon yang tak berapa nak betul ni.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
fuyooo,,pengerusi tu pengerusi ni semua nak sijil je,,haha,,study jangan lupa,,
Juliet_iRa~" berkata…
aik..study ngan novel nmpk?hee

librarian?;p
Unknown berkata…
guna voucer beli novel eh, haha
teha berkata…
dik , study leklok yee.. do ur best taon nie :)