Aku tak paham!
Seriusly penat jadi tembok penyabar yang terima apa jenis cacian, makian dan segala an la. Kemonlah, apa kau tengok aku ni robot ke, yang kalis air bagai, yang materialnya diperbuat daripada besi, yang jenis tak berjiwa. Sungguh, kegarangan aku membuatkan korang pikir aku ni mother of angry? Human Angry? Yang jenis nak hentam or menjengilkan muka masam tanpa ada sebarang sebab yang munasabah?Atau korang pikir aku ni jenis hati keras macam batu, jenis tak layan sentimental ni, jenis yang BERJENIS!
Stop-lah, shadap-lah, sungguh aku bengang bertunjangkan BANGANG. Ok, mungkin salah aku sebab komunikasi dalam bergurau terlebih kasar sampai orang salah mendefiniskan sebagai menghentam dia. Dan mungkin juga aku ni memang dipandang suka membuat hipotesis awal dekat orang lain secara rawak sehingga-kan orang lain menganggap hipotesis aku itu "not function"! Ya, aku je yang suka buat penilaian dekat orang lain dan MACAM ORANG LAIN TU TAK PERNAH BUAT PENILAIAN MACAM AKU BUAT TU! Ya, kau je Malaikat, aku ni Devil wears prada kan?!
Aku tak paham kenapa bila aku berniat nak buat baik dekat semua orang, mesti ada sorang dua akan macam nak menghalang niat baik aku. Maybe mereka suka aku jadi jahat, hentam mereka selalu, naik temperature selalu, moody siang malam, tension sepanjang hari dan merasakan aku ni seorang yang tak patut ada hidup. Ok, boleh kalau mahu begitu tapi aku nak kau pun lalui apa yang aku lalui sebelum kau nak pikir aku ni jenis takkan tercedera hati dan jiwa sewenang-nya.
Dan mungkin kau nak cakap "Lah, kau hentam orang boleh pasai aku nak hentam kau tak boleh pulak?". Ok, boleh tapi boleh tolong jelaskan apa yang buat kau marah sangat dekat aku? Sebab aku tegur salah kau maka kau nak main dendam-dendam pulak dengan aku? Ohmai, sweetnya awak nak main dendam-dendam. Takpe-takpe, awak mainlah dendam sorang-sorang, better aku main dam dengan Optimus Prime, hado rezeki lepas jugak jadi HAJI!
Please-lah, untuk umur aku yang ke-17 tahun ni, bagi lah aku hidup selayaknya sebagai perempuan normal yang ada hati sewajarnya seorang perempuan. Aku garang bukan sebab aku marah, dan aku marah bukan sebab ia hobi aku dan aku bergurau bukan sebab aku pikir buruk, dan aku buat hipotesis bukan sebab saje-saje. Boleh paham kan? Aku rasa aku tak buat equation addmath atau kimia sampai rasa entry ni rumit sangat.
"Patut ke aku letak signboard atau label kat dahi aku yang aku ni Sensitif melebihi kapasiti dan Flammable?"


Ulasan