Gentle FALCON!
Selamat Tinggal "musuh tapi mesra"!
Prinsip aku, "Menjauhkan diri daripada sebarang Manusia yang akan menyebabkan aku memaki hamun mereka dengan lebih mendalam! Ya, aku flammable!" Tak kisah-la, kau kawan baik aku ke, bekas pakwe aku ke, musuh baik aku ke, partner kerja ke kalau dah melampaui batas cara kau nak menyampah kat aku, aku mohon pergilah daripada hidup aku sebab kau akan buat aku memaki hamun kau tanpa ada had piawaian yang ditetapkan.
Aku tak kesah la kau nak meroyan badmood bila bini kau mesra ngan jantan lain ke hape ke, tetapi tak perlu-lah kau nak efek-kan aku sekali. Aku dah tanya awal-awal, kau badmood ka? kau jawab tak, pastu mula-lah melalut loqlak tak supe bikin. ELOK SANGAT lah kan! Aku tak boleh betul hadap dengan orang macamtu, kita kemain risau tapi dia ikut telunjuk pale hotak dia je. Fuhhh, stress aku datang balik, rasa nak hempuk berdas kali tanpa ada belas kasihan dan empati. Mohon batu seribu gram besonya!
Memang! Memutuskan sillaturahim adalah sesuatu yang sangat dilarang dalam agama, tetapi kalau dah teruk macamtu, kawan tapi macam orang asing, AKU mohon ghurabak lah. So, sebelum aku ghurabak tahap kriminal-nya, baik aku blah dulu daripada terus terasa TERHINA. Stresss ;(
Kalaulah kita tahu setiap selepas kegagalan akan ada kebahagiaan, kita tidak perlu penat menangis hiba. Kalaulah kita tahu, kita tidak layak mengatur hidup sendiri dengan mengharap semuanya baik-baik sahaja, pasti kita redha dan ikhlas menerima setiap apa yang telah ditakdirkan.-Diriku Doktor Cinta
Ulasan