Kau perfek?


Maap atas taipan yang rojak dengan bahasa :)

Aku memang tak semegah/sehensem/"sekurus'' kau, tetapi aku MEMANG Superpower/ Supercutest/ Supermodel! Please behave yourself that everything in this world have their supertalented. Janganlah kau nak menghina bagai, nak gelak bagai atas kelemahan orang lain sebab kekadang orang lain tu akan membalas lagi KEJAM daripada apa yang kau lakukan.


Manusia ni bukan semua sama, bukan semua ada hati yang kuat, bukan semua boleh terima gurauan kasar. Please lah paham situasi manusia lain, dan tolonglah jangan nak merungut "Lah, tiba-tiba nak moody pasal, gurau je kot", cukuplah kalau kau mohon maap sahaja kerana itu lebih baik. Ni tak, lagi orang moody lagi-lah kau nak carik pasal, mana akal fikiran kau?


Daripada nak carik pasal mula terbit MENGUMPAT. Mula lah salahkan orang tu, orang ni padahal dia tak tahu kisah benarnya, main taram je bergossip yang penting orang tu WAJIB dipersalahkan. Mana akidah kau? Seriusly, hidup dengan manusia yang jenis prihatin dengan benda yang salah memang susah. Toleransi, empati, memahami, nun jauh dicampak dekat laut merah sana. 


Aku tak marah kalau teguran tu benda yang memang aku salah, tapi aku marah kalau aku ajak buat baik dan benda-tu jelas UMUM, lepastu kau mengutuk aku berbagai macam kau tu ALLAH, macam kau je bagus, sila-lah bawak bertaubat. Mungkin kau nak cakap "layak-kah kau nak ajak orang buat baik sedangkan diri sendiri pun macam terlaknat?", meh aku tanya balik "LAYAK-KAH KAU NAK LABELKAN AKU MACAMTU SEDANGKAN TUHAN AKU PUN TAK PERNAH COP AKU BERBAGAI MACAM KAU?" ada akal fikiran, ada otak, ada lemak bagus, mohon pikir sendiri mana baik mana buruk! 

Tenang la kalau ada orang yang benci kita sedangkan kita tak buat perkara yang salah. yang penting Allah redha dengan kita :)-Islahnafi

Ulasan

teha berkata…
nobody perfect except Rasulullah :)