Life change ; /



Izinkan aku menangis sepenuh hati dengan apa yang terjadi sekarang ni. Aku mungkin tak berhati tetapi tak semestinya aku tak berperasaan. Kekadang aku pelik beranak-kan muskil apabila orang sekeliling aku melayan aku seperti aku seorang yang mempunyai kekuatan seribu orang manusia. Nampak kuat tetapi aku masih rapuh selayaknya seorang perempuan.


Hidup berubah, manusia berubah...sama ada menjadi baik atau jahat dan mungkin jadi TERBAIK. Itu hakikat kehidupan tetapi kekadang ia menjahanamkan perasaan orang lain yang mengharapkan tiada apa yang berubah sama ada perhubungan tersebut mahupun peribadi. Ya, perubahan akan menyebabkan kita menjadi orang yang baru kepada orang lain yang mana mengakibatkan suatu perkenalan baru yang "awkward" dan juga menyebabkan orang lain melantunkan irama "Aku yang asing kerana-mu".


Tali rantai emas yang sememangnya utuh pun boleh putus pabila diasak dengan rentapan yang kuat inikan pula tali perhubungan dengan orang yang kita rapat walaupun tak pernah bersua muka. Manusia bukan semua sama, manusia tetap manusia dan manusia bukan ROBOT. Ya, aku sedih, aku kecewa, aku stress, aku moody, temperature aku naik pabila seseorang yang dulu-nya seorang yang sangat mendengar masalah aku dan turut sama mengolah masalahnya kepada aku bertukar menjadi seseorang yang kejam, yang bertindak mengikut kepentingan diri, yang mementingkan paras rupa dan darjat, yang begitu asing untuk bergurau senda. 


Seorang manusia hanya memerlukan ayat "aku mintak maap" dan "aku maapkan kau" untuk terus menjalani kehidupan yang berpaksikan keamanan bukan tanda diam seribu bahasa. Tetapi kalau memang suatu perpisahan yang kekal sampai akhirat, aku akan cuba untuk memahami kehendak zalim tersebut. Well, api dibalas api, air dibalas air. 

Bak ayat Nazihah Anuar:


We find more reasons to get up in the morning, more reasons to smile and laugh so hard that we cry. We keep moving; we keep living. We create new experiences. We may wish we hadn't done some things, but later we feel glad we did as we learn from our past actions. We find love, we lose love, but only to discover we've been loved the entire time. We often love life, then hate it, then love it again. But no matter what it is, we're living in it, living in life. And with all these inevitable changes leading to different experiences, different emotions, different settings, different people, etc..I don't know, I just find it all very beautiful


Jadi, aku hidup dengan cara aku tersendiri, dengan prinsip hidup sendiri, mencintai pada yang sudi, berkasih pada yang pasti, berkawan dengan adab yang betul, menangis kerana sebab yang munasabah, ketawa pabila hati sakit, mengambil tahu pada orang yang tak meletakkan sempadan seorang kawan dan terus mensyukuri dengan apa yang aku ada, dengan apa yang aku hilang kerana INI KISAH HIDUP AKU ;)



"There is always, ALWAYS hope. And where there is hope, there is faith, and where faith lies, so does a solution."-Nazihah Anuar

Ulasan

Juliet_iRa~" berkata…
jgn nangis!huuu

psss : suka warna biru ek?heee
Maizatul berkata…
thank you sudi follow. saye follow sni juga. salam prknlan :)