Tell me the truth of liars!
Semakin hari, semuanya seperti sebuah kisah sedih buat aku. Tekanan, perhubungan, keluarga dan hidup seolah-olah sedang menduga aku untuk berubah identiti menjadi seorang yang aku langsung tidak mahu jadi. Ya, menjadi seorang pemarah yang meluahkan raut muka yang serius dan pengeluaran kata-kata yang mungkin boleh menyebabkan orang sekeliling aku terbunuh dengan perkataan tersebut. DAN aku seboleh-boleh-nya tidak mahu itu terjadi kerana aku masih ada belas kasihan terhadap manusia.
Kalau nak diikutkan dengan "azam aku dalam 2012 ni", aku sedaya upaya untuk mempertahankan perhubungan aku dengan dia dan mereka, menerapkan prinsip sabar dalam diri dan menetapkan memaafi sebagai suatu prioriti, dan pengakhirannya aku mungkin dapat merasai apa itu nikmat hidup sebagai seorang manusia yang ada perasaan belas kasihan, yang hanya ingin menyaksikan sebuah kehidupan yang aman damai dan disertai dengan warna-warni cinta serta daun-daun kasih sayang selayaknya aku seorang manusia,kawan, anak perempuan dan muslimah tetapi pengharapan aku seolah-olah dicabar dengan sikap sesetengah orang yang memang tersenarai dalam senarai nama yang wajib aku perbaiki hubungan dengannya. Namun, aku tetap sabar dan sabar dan akhirnya kesabaranku lelah, semput tak berdaya menanggung kesabaran yang akhir, aku mengambil keputusan drastik memusnahkan azam aku sendiri. Salah siapakah? Aku atau dia?
Manusia berubah dan membawa kita sekali. Membawa kita menjadi seseorang yang baru, yang orang lain tak kenali. Aku tahu, aku pun berubah. Berubah menjadi seorang yang panas baran, tak tahan bergurau, dan hanya menaip entry moody, sedih untuk berminggu-minggu. Dan aku pun masih mencari, dimana aku boleh menyusup mengejar kegembiraan yang lari meninggalkan aku tanpa sebarang petunjuk... Dan sekarang aku pandai melihat dunia dengan visi yang tersendiri, berdasarkan teori sendiri dan prinsip sendiri dan akhirnya aku ketahui bahawa jalan hidup aku kini bersimpang siur, kian mempunyai banyak hala dan rintangan. Dan ketahuilah jugak bahawa aku bukanlah sebiji robot yang mempunyai kekuatan yang besi, yang mampu menangkis sebarang negatif emosi, aku hanya manusia biasa yang hanya mahu terus bangkit berdiri menghadapi segala cabaran walaupun kekadang rasa sakit sangat menyengat dalam diri... aku tahu, aku akan tabah jua akhirnya, percayalah :)
"Don't give up and do not be downhearted. You shall be uppermost if you are believers. (Ali-Imran, Ayat 139)
Ulasan
mengadunya pada Allah sbb DIA yang Mengetahui segalanya..
kdg2 apa y kita rs..tak sama dgn apa y mereka rs..
cuba utk mendekati n merapati supaya kita faham apa sbrnya y terjadi,..