Tendency of tiredness?





Sekolah-ku merampas status umahku!

Perlakuan aku bila aku penat mengalahkan ibu/omak/umi/mummy/bapok yang hendak beranak, meneran tak tentu hala 24 jam lama-nya ialah dengan membaringkan diri tak kira dimana jua aku berada, malah kalau boleh mahu saja aku ganti tempat suster ngengsot tu! Itu je cara terbaik selepas memaki hamun tak tentu jantina, YA, aku spesis panas baran tapi hati sensitif melebih kapasiti. Minggu ini yang langsung tiada cuti, lurus je di sekolah, menayang muka yang serabut dekat sekolah begitu-begitu-begitu la memenatkan dan membosankan! Tambahan lagi presentation group, oral english, kerja sekolah yang bertimbun bawah katil, text daripada rakan-rakanku yg jauh nun disana yang menagihkan perhatian aku amat mengalakkan aku menjadi seorang manusia yang mengalami tekanan jiwa, kemurungan tahap sosial! 



Kalau dipikirkan balik, macamana gamaknya kalau nak dekat es-pi-em(SPM)? Mahu aku telan pil kuda hari-hari kasi tenaga berpower ranger's merah. Persetankan dulu, sekarang masa untuk organize lawatan kelas! Oh yeah, berkhemah dalam hutan, wa cakap sama lu, wa gerenti segala stress wa bakal hilang kot! Kemain, semangat terus melonjak naiknya seperti mahu menjilat bintang-bintang dilangit! Apepun, Alhamdulillah, presentation berjaya dilaksanakan dengan megahnya walaupun macam syieelll je dan pronounce engelish yang kelaut belaka :) Ya, kegembiraan datang berpropaganda sebentar mencari hilangnya senyuman berwakilkan kata-kata! *hohoho*


"Berdiri seperti terapung di udara, melompat seperti bersila di lantai"-Ainsha

Ulasan

Juliet_iRa~" berkata…
amboiii byknya buku..ye2 je tu..hee

eh g skola leh bw hp ke?meh cikgu nak rampas..hahaa
Tanpa Nama berkata…
amboi amboi,,,study lah,,kata nak spm kan :P