hargai rakan anda! [i pun ada, ok?]
Bilamana idea kontang dengan idea mencantas orang dan malam ditemani mimpi kerja sekolah yang bertimbun!
Pernah tak korang ketemu dengan orang asing yang selalu berkepit dengan telepon bimbitnya walaupun bersama dengan rakan baiknya? Dalam kata mudah, dia lebih memilih untuk bercakap dengan telepon bimbitnya daripada anda yang merupakan rakan terbaik yang pernah dia hado. Sakit tak hati korang berhadapan dengan manusia begitu?
Ok, mari kita tolak le teori serkap jarang dan menjengah ke konteks pemikiran positf. Mungkin dia tengah bertext dengan ibu bapa disebabkan dia memang termasuk dalam kategori anak manja. Atau mungkin dia tengah bertext dengan guru-guru, bertanyakan soal persoalan kimia ataupun rumus trigonometry mahupun jantung yang mengepam darah atau kolon yang mengepam najis?! Itu probaliti yang bisa terjadi, kan? Tetapi kalau dipikirkan balik, ada ke orang sudi bermesej dengan ibu bapa atau guru bila tengah bersosial bersama kawan handal?
Nah, mari kita bukak pula teori serkap jarang kita; yes, dia tengan bertext dengan KEKASIH HATI PENGARANG JANTUNG PENGHIAS KOLON-NYA...auwwww. Heh! Kenapa dia nak text masa tengah beriadah dengan rakan-rakan? Loh, dia rindu la takpun dia nak tunjuk "Well, i pun hado gf/bf/cuyuk..ahaks". Oh pehliss la, tingkah laku anda membuatkan anda terjerumus ke kancah pendebatan kutukan mahupun umpatan.
Bila kita dengan rakan-rakan, mesti kita nak berborak tanpa ada penghalang kan? Dan bila ada rakan kita yang sibuk bermesej tak tentu hala, kita mesti rasa "Ok, aku datang ni nak tengok dia mesej ke? Ghurabakkkk!!" Sedih berkurapkan sadis la kan, kita nak bermesra-mesra tapi dia pulak tak perabis show off dia punye hepon/kekasih dekat kita. Itu pentingnya pembahagiaan masa yang sistematik dan pembuangan sifat dengki menunjuk dekat sahabat.
Tak salah nak mencuyuk dengan kekasih tapi tengok keadaan la wei. Sebelum subuh tadi dah mesej takkan la petang outing bersama rakan, nak mesej jugak. Kalau aku lah jadi kekasih hang tu, mahu jemu aku hadap je kau. So, bagi ruang, bagi masa dia rindu kat hang *rolling eyes*, baru meriah perhubungan tu.
Dan bagi sesiapa yang ada sifat dengki nak menujuk tu, mohonlah buang. Hidup kita ni ibarat bola, sekejap berguling ke atas, sejak berguling kebawah. So sekarang ni kau menunjuk kau hado pacar, mana tahu esok lusa tulab tubing, kawan yang kau menunjuk tu pulak hado SUAMI, kau masih bujang terlanjur. LAGI KESIAN!
Maka-nya, jaga-lah perhubungan persahabatan erat-erat daripada perhubungan kaple-kaple ni. Rasanya, semua pandai memikirkan, hubungan mana yang paling panjang antara seoarang sahabat dengan seorang kekasih? Dan amalkan sikap tidak menunjuk mahupun riak bongkak, sebab perempuan ni sekali perempuan lain tunjuk hebat laki dia, perempuan lain akan berkali ganda akan tunjukkan power laki dia dan tak pasal-pasal semua pakat jadi BANGGA DIRI. Renungkanlah dan ambil langkah perubahan :]
“Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur” - Saidina Umar Ibnul Khattab.

Ulasan
bagusss kalau ainsha fikir gtu..:D