Saya LELAKI!
Kemain, lenguhnya badan, lenguhnya mengalahkan "mummy" hamil 7 bulan. Bahana, mata pulak nak berair ni pasai pa? Bawang merah yang dihiris sejak sejam tadi, masih bertimbun banyak. Di dapur, kedengaran suara riuh rendah makcik-makcik yang datang menolong. Yea, 'aku' sangat penat, semalam baru je dia lepas habis exam mathmode yang memang bukan faberet mahupun subjek yang memang dia adore, balik rumah terus berlepas ke Hospital Temerloh. Nak cakap apa lagi, apabila dia sampai, arwah pakteh-nya selamat pulang ke rahmatullah. Haru la jugak dia menenangkan mak ngah-nya yang menggila menangis padahal wan nya tenang je menghadapi. Sebelum subuh pulak, dia kena ikut pak alang pergi ambil mayat arwah dekat Bilik Mayat Hoshas. Memandangkan dia jelah "remaja" yang tak bulan mengambang dan dah cukup ilmu dalam pembacaan yassin dan mempunyai pengalaman dalam mengirimkan bacaan ayat suci al-quraan kepada arwah-arwah yang dah meninggal dunia, maka, kelayakan dia sangatlah diperlukan dalam arena pengurusan mayat ni.
"Uish, akhirnya!" Bersorak kelegaan apabila seguni bawang merah berjaya dia jahanamkan dalam masa sejam lebih. Sedang dia asyik mengumpul hampas-hampas kulit bawang yang berserakan dia atas tikar mengkuang, datang pak lang yang memang sedia tak betul. "Hahahahaahaha! Lawo rambut?" Ujarnya sambil berlari menuju ke tandas. "Dasar alang tak betul" Gumamnya dalam hati. Malasnya nak sarung tudung dikala habang panas menyelimuti diri. Walaupun sudah menyejukkan diri selepas pulang daripada kubur, namun bagi tuan empunya badan yang memang panas bin baran ni masih tak sejuk-sejuk. Banyak dosa lettew. Lahai. Gasaklah, kaum lelaki yang bukan mahram mahupun muhrim bukan rajin nak menolong dekat dapur ni, "sesiapa lelaki yang bukan muhrim dan mahram datang menonjolkan muka ke dapur ni, memang sah dia tu sejenis mahkluk pon pon dan dan " ujarnya dalam hati.
"Huh, penatnya. Nak, makcik tumpang duduk kejap ye" ujar seorang perempuan yang tak berapa nak tua dan tak berapa nak muda yang yang langsung dia tak pernah jumpa di kampung ni. Aku hanya mengangguk senyum sambil terus mengutip hampas-hampas kulit bawang. "Anak ni anak lelaki tuan rumah ni ke?" soal perempuan itu tiba-tiba. "Err" nak jawab apa ni? Aku mengurai rambut depan aku. "Bling" satu mentol lampu panasonic tiba-tiba terpacul keluar di atas otak. Idea jahat merasuk. "A'ah, anak bongsu Puan Kamariah ni" sambil menghadiahkan senyuman penuh makna. "Ohh, ingatkan yang meninggal ni je anak dia. Umur berapa ni?" Lahai, terasa jahat pulak menipu ni, siapa suruh carik penyakit kan. "Makcik ada anak perempuan, mungkin sebaya kamu.jugak. Tengah tunggu result SPM. Cantik jugalah anak makcik tu, nama dia Dayah" Aku hanya mengangguk tanda setuju. Baru aku paham drama apakah sekarang ni sambil hati mengeluarkan gelak jahat. "Ohh, tak sebayalah kiranya ni. Saya sekarang tengah menuntut dekat Universiti Islam Antarabangsa dalam kursus Teknologi Maklumat." Amboi kau, tak nak kalah tu, ada ke kursus tu dekat UIA? Gasak, redah je lah. "Ohh, graduan universiti la tu. Ujar makcik tersebut dengan senyuman penuh makna yang tersulit.
Kami terus berbual dan berbual mengenai kisah hidup aku yang memang sah PALSU. Kemain jahatnya aku petang-petang begini. Sampailah seorang perempuan muda yang mungkin tua setahun daripada umur BENAR ku datang menjemput ibunya pulang. "Hah Dayah, ni Amirul Shafik, anak makcik Norehan ni. Dia graduan universiti, nanti kau pun jadi macam dia lah" Lahai, terasa bangga sekejap walaupun kepalsuan durjana realitinya. Dayah hanya mengangguk kegedikan, lahai, spesis perempuan gedik rupanya. ANTI ANTI ANTI, isyarat otak aku mengeluarkan tanda amaran. Tengok pemakaian pun dah nampak, kemain kau balut badan kau dengan tshirt lengan pendek, tudung pun lipat gaya chikaroo. Lemah semangat hambo nak mengayat akak Dayah ni. "Malam ni, jangan lupa datang ye." Tiba-tiba Wan datang menyampuk. Lahai, wan dah datang, kena melarikan diri ni, nanti tak jadi lawak aku ni. Aku pun mengundur beberapa langkah dan terus berlari menuruni tangga ke tingkat bawah. "Nantikan drama swasta aku malam ni!" tersenyum jahat lima minit.
***************************
Lap-lap pinggan, "abang-abang, i lape u!". "I lebiuuuu". "hahahaha, abang, abang, kecik-kecik dah berlebiu-lebiu, ni mesti kak Bella ajar ni."sambil menepuk belakang Thaqif. Aish, sejak nak dapat adik ni, kena panggil dia abang, karang tak pasal dia belasah gaya otromen zeroo dia tu. Aku terus meneruskan sesi meng-lap pinggan untuk majlis tahlil malam ni sambil mata masih mengusha pintu belakang. "Mana pelakon utama ni, aish" soalku dalam hati. "Assalamualaikum" kedengaran suara perempuan beri salam. " Erk, dah sampai, menyorok dulu lah. Baru ada klimaks" sambil berlari menuju bilik mak ngah. Sepanjang majlis tahlil, aku hanya menyorok dalam bilik sambil melayan trio hero sepupu-sepupuku yang memang tahu main je sehinggalah sampai ke akhir majlis, MAKAN. Aku menarik nafas dan dengan langkah ayunya keluar daripada bilik lalu mengambil tempat di sebelah mak cu aku. Yes, nampak disitu wajah kehairanan Si Dayah dan ibunya. Penampilan aku dengan berbaju kurung biru dan bertudung pashmina kelabu memang menyentap akal fikiran mereka. Kemana pulak hilangnya Amirul Shafik yang segak petang tadi, mungkin itu yang mahu disoalkan. Aku menghadiahkan mereka sebuah senyuman paling manis ada yang pernah aku korek dalam diri ni. Mereka tak berpuas hati dan bertanya dekat mak aku. "Adik bongsu awak ke tu?" sambil menunjuk ke arah aku yang berpura-pura mendukung Amirul Haziq. " Eh, taklah, anak saya tu." Ok, aku boleh bayangkan mimik muka si Dayah macam Mr.Gusta. "Dia Lelaki ke Perempuan?" "Ehh, perempuan lah." Mak aku dah buat muka pelik. "Err, tadi petang, makcik ingat dia lelaki sebab rambut dia..a'ah, dia jugak mengaku tadi petang." Aku nampak muka mak aku dah naik pelik bergiga wat sudah, lama tu baru mak aku tergelak " Maaplah makcik, anak saya tu memang tak berapa betul. Rambut dia tu memang pendek sebab dia nak SPM tahun ni, agaknya dia nak kenakan makcik latu." sambil menjeling ke arah aku. Aku paham isyarat mak aku, lalu pergi ke arah mereka dan bersalam dengan Makcik tu serta Dayah. "Maaplah makcik, panas sangat petang tadi buat kepala saya tak berapa betul. Harap tak makan gurauan ni dalam hati" ujarku sambil tersenyum penuh makna. Makcik dah Dayah terus mahu pulang, malu agaknya. Ok, aku memang jahattt...!!!!! Harap tak efekan wan aku. Maap-maap, siapa suruh tegur aku "anak lelaki" kan dah jadi lelaki betoiii. Maap-maap, daya pemikiran aku memang jadi gila kalau stress. :)
P/s: Janganlah menipu dan jangan lah prank orang yang sebaya dengan ibu awak. Tobat nasuha dah ni :) Btw, saya tak ambik paper kimia harini! maap cikgu, rejamlah saya, kasihanilah wan saya yang terpaksa handle sorang-sorang kenduri arwah kalau keluarga saya tak balik.

Ulasan
hah ! xamek exam ,
denda2 ! haha :D
sys , form5 or form4 ?