Perempuan yang diuji...
"Jangan berdukacita dengan ujian dan cubaan ALLAH. Lantaran boleh jadi ia satu hadiah atau pemberian.
Allah mempertemukan kita dengan orang yang salah untuk memberi kita satu ketabahan,satu pengajaran dan satu ekspedisi dalam menongkah hidup sebagai hambaNya. Kita bertemu tidak disangka, berpisah pun tak dijangka. Bagi perempuan pulak, sejantan-jantan perangai mereka pun masih ada perasaan kecewa pabila membuat satu keputusan yang sukar lantaran tidak mahu dikecewakan tetapi perempuan itu silap kerana dia telah membuat keadaan jadi lebih sukar serta meranapkan perasaannya sekali gus. Benarlah kata cerdik pandai,
"Berfikir dulu sebelum bertindak, kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.
Perpisahan di antara manusia yang memang sejak azali telah terbit frasa sayang terhadapnya memang agak memeritkan ibarat lirik lagu Yuna-Dan Sebenarnya:
"Pabila kau benar-benar mahu pergi,
Seperti ku bernafas dalam air...
Ia sangat memerlukan ketabahan yang maha hebat terutamanya buat sang perempuan yang memang dicipta sebagai mahkluk yang lemah. Kesedihan lantas menjadi teman duka mereka walaupun senyuman girang terukir indah pabila berada di hadapan rakan-rakannya. Sepertimana tertera dalam kalam Allah dalam Surah Al-Mumtahanah (perempuan yang diuji): ayat 7 yang bermaksud:
"Mudah-mudahan Allah nanti mengadakan kasih sayang antara kamu dengan sebahagian orang-orang yang sekarang menjadi musuh kamu. Allah itu Maha Kuasa; dan Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang.
Maka, tiada betahlah kalau aku merasakan setiap takdir yang Allah turunkan buat aku ni hanyalah ujian buatku...supaya tidak terlalu berharap dengan harapan yang tak pasti walaupun sekarang aku rasa patah hati yang amat sangat sampai bila baca komik lawak kampus pun boleh menangis tersedu-sedan, makan aiskrim pun sampai berdarah-darah gusi...Masyallah, memang payah, memang berat...namun, redha atau tidak, semuanya dah terjadi. Waallahualam kalau masih ada masa dan keizinan dariNya untuk merapatkan balik ukhuwah kami, itupun kalau pihak sana paham apa yang sepatutnya dia lakukan sebagai saudara sesama islam.
"Barang siapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan menyempurnakan hubungannya dengan manusia. Barang siapa memperbaiki apa yang dirahsiakan (takwa), maka Allah akan memperbaiki apa yang dilahirkannya."
Selemah-lemah perempuan itu, satu hari bangkit mengoncang bumi. Sungguh, insyallah buku kat atas tu boleh mengubat sikit hati yang luka lara tu. ^^ Mohla, kita hiburkan hati lagu Feelhoney-wanita istimewa..


Ulasan
thanx for sharing ,
ALLAH sentiase ade bersame kite ,
cume kite je kadang-2 lalai ,
sehingga melupekan Dia :D