The analog 1

mood: the chemistry-butterfinger


Agenda hidup, kalau boleh ditelek... kalau boleh dibelek... takde wujudnya "pengembaraan" di dalam kamus jasad seseorang. Esok lusa, siapa tahu.. hidup, mati, koma... semuanya di tangan Dia.


Agenda manusia.. kalau boleh ditafsir...boleh diterjemah dengan fasihnya..tiada maujudnya "pemahaman" di dalam fikiran ini. Lain orang lain cara, lain orang lain pengertian.


Langit tak selalu cerah, inikan pulak perhubungan seseorang. Macam boleh ditakrifkan " sedangkan cuaca berubah, inikan pulak manusia". Perubahan ke arah yang betei dan membawa kepada makna yang boleh dihafal dan dihayati oleh jasad yang lain, tiada betahla kalau penerimaan terhadap penerimaan itu akan diterima dengan kewajaran yang betei.


Perempuan vice versa-nya LELAKI. Lelaki... kalau niat-nya bercanggah jangan bermiang nak mengoda. Kalau tiada paham erti sebenar seorang perempuan, jangan dilayan seberono...kekadang naluri seorang perempuan itu jauh dari lelaki ketahui. Syak prasangkanya anugerah dari Dia, jangan nak kata "fitnah" sedangkan diri tahu perbuatan itu memang boleh mendatangkan kedajalan.




Pengalaman membawa beribu kisah untuk dibawa mengaji, mengajar kita memahami apa yang akan terjadi nanti. Tetapi pengetahuan begini agak menyusahkan bagi mereka yang ada beribu kekusutan dalam kepala. Lantas mengajak mereka jadi insan yang tiada paham makna bersyukur.

 
Jalan kehidupan semakin berliku.. kalau dulu, dimata kita jalan lurus terbentang di kaca mata, namun bila umur makin menyapa tahun... di kaca mata ini, jalan mula bersimpang siur.. ada yang membawa kepada destinasi kebaikan atau arah kehancuran.








Yang pasti, kita berada di muka bumi Dia yang fana... Nampak awan membiru yang sama namun berbeza langitnya. Sakit hati... kecelaruan dalam bertindak... bukan salah diri... jika difikirkan, ini lumrah...tak perlu memaksa untuk mintak dilupakan kerana ia bukan sesenang ABC... ia datang daripada DIA yang maha berhak.

Inferno: Awan di Lipis memang cantik. Biru sebiru kaler air Bancho. Peace!

Ulasan

FEDO berkata…
Wow. Puitisnya kata kata.He2
Hanamiko Sakura berkata…
subhanallah.. cantikkan ciptaan Tuhan :)
CikTeddyCorner berkata…
hoyeah..betoi3..cik sokong sratus peratus lagi2 yg part wanita tu..
AmySyahiera Malik berkata…
kadang-2 kata yg sys luahkan sukar ditaksirkn ,
cube bace berulang kali baru faham ,
btw , cantek pic-2 tu :")