TROLLY Life

mood: Ikhlas tapi jauh-Ve

note:"kbye" merupakan ayat cover yang sering diguna pakai selepas mereka jujur dalam sesuatu perkara.




"Allah mahu kita belajar. Sebab itu Dia berikan kita ujian. 
Allah mahu kita perbaiki diri. Sebab itu Dia berikan kita masalah."


Hidup, untuk membodohkan atau diperbodohkan? Yang mana realitinya, menyaksikan kebodohan itu dengan mata dan merasainya melalui perasaan atau membuat tidak endah seperti tidak pernah berlaku apa-apa?

Begitu banyak kebodohan yang aku nampak dalam lensa mata aku ni. Yeah, aku tahu mata aku tak pakai lens DLSR yang berbagai dan beribuan ringgit nuh tapi cukup nak menilai sama ada aku nak tunjuk ekspressi SUKA atau BENCI. Tak perlu lens micro untuk zooming hati jasad lain, untuk meninjau dalam-dalam sifat izhar jasad lain. Tak buntuh lens flare untuk pamerkan nur hidayah ke-hipokritan di muka namun dalam jasad, nahuzubillah.

Sketsa bila tahun akhir zaman persekolahan memang boleh dibawak masuk dalam novel fiksyen. Tema-nya, kawan tikam kawan sebab lelaki sialan. The problemo bila lelaki perempuan berlagak macam tiada apa masalah yang depa jadahkan dekat kitaorang. Oh, tidaklah aku untuk turut sama melayari dunia fantasi binate korang tu.

Simply me; bila kau salah, kau buat amal jariah untuk kasi budi kat aku, maap dari aku, aku tak hadap even benda tu hanya sipi je kena kat aku. Sebab aku bukan si pelakon dunia, yang berlagak semua akan baik kalau ia dilupakan. Tidaklah aku untuk tidak menghadapi realiti sebab ke-realitian tu la mengajar aku untuk tidak meng-troll-kan hidup aku sewajarnya.



Tikam kawan sebab pakwe. Bodohnya kehidupan. Sanggup lupa kawan yang bertahun bersama untuk seorang lelaki yang baru beberapa tahun kenal. Pelik kan, kerana "PAKWE" yang langsung tiada list dalam senarai muhrim boleh jadi benda URGENT untuk seseorang itu menjadi hati batu. Dan si PAKWE, menyalahkan orang lain yang menuduhnya salah disebabkan dia tidak mahu terbeban dengan kesalahan. Nampak, ayat pun berbelit, jelas sukar untuk digalas untuk lelaki pengecut macam tu. Jadi, tak heranlah kalau dia un-friend kami-kami yang memang mulut puaka dalam memulangkan paku serpih.

The main point; jadi diri sendiri dalam menyimpulkan situasi yang berat kalau taknak hidup dalam kebodohan rekaan sendiri. Tak perlu kejar benda yang tak ada jaminan ketahanan-nya sedangkan satu hari nanti ada benda yang memang tertulis milik kita sejak di Luh Mafuz lagi. Aku tahu aku sekadar pemerhati, namun manusia mana yang tak reti baca emosi?

“And We have certainly created for Hell many of the jinn and mankind. They have hearts with which they do not understand, they have eyes with which they do not see, and they have ears with which they do not hear. Those are like livestock; rather, they are more astray. It is they who are the heedless.” [Al-A’raf; 179] na’uzubillah ;(

Ulasan

AmySyahiera Malik berkata…
adat manusia ,
tp kan , org yg gaduh disebabkan pakwe , org tu pendek akal la ,
yelahh , belum tentu pakwe tu kekal smpai ke syurge ,
knpe perlu pertahankan , ye dakk :D
nice entries la sys
teha berkata…
maaf dan memafkan adalah lbh baik :)
Mishter Izwän berkata…
jgn gaduh2 sal pakwe . tak de hasilnya pun
D. berkata…
itu perkara biasa buat orang yang tak tahu menghargai kawan-.- sabar jelah :')