the 11th hour

mood: menjemput bidadari



"The man that decides to change on the twelfth hour, dies on the eleventh"

Bila diri dah paranoid nak jadi "baik" dalam signifikasi dan frasa yang betul dan sahih, terasa dunia sekeliling kelam, terasa hati dihiris belati, terasa haus berpanjangan, terasa diri ini sangat tidak bertuah, terasa diri ini kerdil...terasa kepala ini pening dalam mencari tahu/cara/bagaimana boleh aku menjadi "baik" sebetul-betulnya.
"Menjadi "baik" yang sebetulnya?" Apa jadah kau ni? Masih tak cukup labuh ke tudung kau sarungkan tu? Berbaju ketat lagi ke? Tak cukup lagi ke amal fardu solat kau ke? Apa yang kau nak lagi? Kapel pun kau tak kan? Sungguh, kau ni paranoid nak sempurna macam bidadari!!!

CUKUP!

Menjadi baik dalam maksud yang benar ialah kembali kepada apa yang disyariatkan islam. ADDIN (cara hidup) kita masih dalam landasan betul kah? Kita ni, masih islam atas nama je kah? Aku bertudung tetapi bahagian dada masih terdedah. Aku berbaju besar tetapi masih berperilaku kasar. Aku solat tetapi aku tidak hayati. Aku tak kapel tetapi aku tak jaga ikhtilat. Bukan aku mintak jadi sempurna macam bidadari tetapi sudah Allah tawarkan kepada umatnya untuk menjadi baik, adakah kita nak menolak? Sedangkan duit RM100 yang kerajaan bagi, kita terima se-redha-nya, inikan pulak tawaran daripada Tuhan yang maha pemurah kita nak menolak. Itu sombong namanya!

SUSAH!

Nak versus dengan nafsu, nak versus dengan permainan perasaan. Ini namanya jihad. Jihad dalam mencari ALLAH.  Jihad dalam membentuk kembali diri "baik" aku yang hilang ditelan arus modenisasi jahiliyah. Susah, nak tinggalkan apa yang kita suka... nak tinggalkan band-band Indie, nak tinggalkan anime-anime... susah tetapi Insyallah, ada kemanisannya. Anggap itu cabaran sudah.

Like the rumors (maybe), jodoh kita tu bila dia bawak kita sedar, bawak kita kembali kepada ALLAH. Itu baru truly your soulmate. Tersebut dalam al-Quran:

 Allah S.W.T berfirman,Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)
 Jadi, kalau nak berkat hidup, nak capai baitul-muslim yang sejahtera...marilah kita jadi "baik". It's not kill you if you want to transform your behavior. Transformer itu baguih tetapi biarlah jadi Optimus prime, bukan Megatron. Ye idak?

Menangis...
Terasa satu bebanan perlu dilepaskan..
Bila mengetahui diri banyak khilaf
Yakinkan ku, bahawa satu saat...
aku akan pulang...



Ulasan

AmySyahiera Malik berkata…
muhasabah diri sebentar ,
nice entries :D