Agama Melayu?!
"Wei, kahwin kau tak sah kalau tak ada bersanding atas pelamin"
"Agama mana kau pakai? Agama melayu ye? Aku dah akad nikah, jelas dari syarat islam, aku dah kahwin!"
Kekadang kita tak sedar, kekadang kita alpa.. kekadang kita tidak ambik kisah. Benda yang halal di dalam Islam kita tetapkan ia Haram manakala benda yang jelas tertera haram dalam islam, kita sahkan ia Halal. Ini namanya agama melayu. Dalam kad pengenalan jelas tertulis ISLAM tetapi hakikatnya beragama MELAYU.
- Beragama melayu itu bila pakai tudung tetapi berpakaian ketat, berlengan pendek.
- Beragama melayu bila bersongkok tetapi berjudi, minum arak bagai.
- Beragama melayu bila duduk berdua-duaan dengan bukan muhrim itu perkara biasa/cool kalau dibuat.
- Beragama melayu bila berkaple itu halal. Ikut trend katanya.
- Beragama melayu bila dah bertunang dah boleh jumpa dua-duaan.
- Beragama melayu bila solat ditinggalkan semata-mata sibuk kenduri kendara.
- Beragama melayu bila puasa dibatalkan kerana penat masak lemang nak Raya.
- Beragama melayu bila sibuk kacau dodol, pasang langsir bila malam terakhir ramadhan.
- Beragama melayu bila kata ulamak di-anggap penipuan.
- Beragama melayu bila mulut beria menegakkan Islam tetapi tubuh tak pernah beramal.
- Beragama melayu bila tidak menutup aurat itu tidak haram.
- Beragama melayu bila adat lebih penting daripada syariat islam...subhanallah
"Ramai orang selalu risau akan ‘apa orang akan kata nanti’ walaupun membuat perkara kebaikan.. Jarang ada orang risau akan ‘apa Allah akan kata nanti’ dalam apa pun pekerjaan mahu perbuatan yang dilakukan seharian.."
Bagaimana dengan kita, beragama melayu-kah? Cepat-cepatlah bertaubat, cepat-cepatlah berubah. Jangan dalam ic je beragama islam tetapi fizikal dan rohani beragama melayu. Yang belum menutup aurat tu, jangan kata hidayah tak kunjung tiba maka awak pun taknak tutup aurat, sesungguhnya hidayah itu perlu dicari bukan tunggu ia kunjung tiba. Tak susah pun suruhan Allah itu, awak hanya perlu menutupi rambut awak yang cantik itu, berpakaian yang tidak menunjukkan bentuk badan dan jaga batas pergaulan. Islam memang tidak memaksa tetapi apa salahnya kita mencuba.
"Jadilah yang dihormati kerana agama yang ada pada dirimu"
Note to myself also ;]


Ulasan
insyaALLAH akan berubah :)
n semoge entries nie mnjadi iktibar utk org lain jugakk ,
btw , thanx for sharing :D
(2:208)
zaman sekarang ramai yang mengambil islam hanya sebahagian. mengaku diri islam tapi tidak mengamalkannya.
islam sebenarnya bukan agama. tetapi islam adalah cara hidup.
note to myself too =)
maaf, terpanjang pulak komen.
sama2x kita memperbaiki diri. ^^