Hakikatnya...
"Kau maafkan dia?"
Tersenyum.
"Dia kawan kita. Tak semua salah dia. Takmo la jadi macamni."
"Oklah. Aku sarankan dia mintak maaf dekat Maha Penguasa dulu. Insyallah, jika Allah ampunkan, terbitlah dari hati ni untuk menerima dia kembali macam dulu. Mags7 yang dulu....."
"errmmm"
Susah. Bila ke-tidak-adilan berlaku didepan mata dan memang kita tahui fakta itu tetapi untuk me-renovate-kannya macam tiada apa-apa yang terjadi, maap..aku tak reti dalam peranan begitu. Aku pun manusia biasa, ada juga sifat kejam. Sifat buruk dan aku tak seratus persyion taip yang aku ni ter-sangatlah baik, tak pernah bunuh semut bagai.
"Kenapa ni" tanya si lelaki, lembut bicara.
"Takde pape. Ada kelas petang ni" ujar si perempuan, batu.
Si kawan, mengucap di dalam hati. Bermonolog dalam diri "Kejamnya kau wahai perempuan" "sanggup kau jumpa lelaki tu depan aku" "kau lebih pilih jantan tu daripada kawan-kawan kau". Hatinya pedih.
Si pemerhati , melihat saja si perempuan menjenguk luar, melilau mencari someone-shelove-with-her-leg, dia tahu..si jantan tu akan muncul. Si jantan pemusnah persahabatan. Dia memberi isyarat mata kepada si kawan, tanda bahawa adengan romatis picisan akan berlangsung dalam masa beberapa jam dari sekarang. Dan apabila si lelaki muncul dan bergurau senda dengan si perempuan macam kami tunggul kayu, yang tiada perasaan...itu memang keterlaluaan..
"AKU MENANGIS DEPAN MAK AKU SEBAB KAWAN AKU!" meja si pemerhati terhentak. Isi terluah. Enam mata terpana.
"AKHIR ZAMAN, KAWAN TINGGAL KAWAN SEBAB LELAKI, ITU PERKARA BIASA!" si pemerhati terus mengasak.
"LELAKI TAK GUNA PUN MAKIN BERSEPAH. FUNGSI SEBAGAI PEMIMPIN LANGSUNG TIADA. YANG ADA, FUNGSI SEBAGAI PEMUSNAH PERSAHABATAN" si pemerhati mula mengising baju.
"Babi ar kau perempuan! Kau kenapa tak puas hati?! Ni mesti pengaruh perempuan tu!" Si lelaki bersuara setelah dicabar.
''hati kalau dah benci dekat seseorang tu , bila dia buat baik pun still nampak keji. Macam kau perfect sangat la!" ujarnya lagi. Kakinya melangkah ke si pemerhati.
"Ingat aku takut sangatla, betina macam kau...." tangannya mula naik, mahu menghentam si pemerhati.
NAMUN. Jangan disangka, perempuan yang lemah tiada kuatnya. Sebelum dihentam, si pemerhati terlebih dulu menendang si lelaki dengan tendangan flip-flap. Bersepai jatuh ke tanah. Si perempuan meluru...
"Enough is enough!" membela si lelaki.
"Enough for you, not for us. Between, enough is cukup!" jerit si pemerhati, membawa si kawan yang dirundung pilu jauh dari drama bangsawan.
Bila persahabatan dilupakan kerana si kekasih yang belum tentu si jodoh pilihan Allah.. sedarlah, itu bukan cinta.
Ulasan
PERSAHABATAN ITU ADALAH LEBIH INDAH DARI PERCINTAAN :)