Konfliknya...

"Awak.."

"Ye, kenapa? Diorang perli awak lagi?"

"ermm"

"Biarlah diorang nak cakap apa. Biarlah Allah balas"

Main nama Tuhan untuk buktikan diri tak bersalah. Tetapi betul ke anda tidak bersalah? Jangan fikir dari sudut hati yang tengah duk dirodok perasaan sayang. Cuba sekali sekala, buka mata tengok BEKAS kawan-kawan kau ni, imbas balik kenangan kita ber-tujuh bergelak tawa sakan? Antara tujuh dengan satu, kau tega pilih satu. Tak-ke RUGI namanya!

"Babi, dia kutuk kita!" tangan si lelaki menghentak meja.

Si perempuan diam. Tanpa perasaan.

"Aku dengan perempuan tu dah takde pape, apasal diorang ni masih nak cakap aku yang salah" si lelaki masih tak puas hati. Geram merasuk hati.

"Tu la, perempuan tu hasut diorang" terucap jua pendapat si perempuan dengan riak bajet bagus 2012.

Skrin laptop ditatap penuh geram. Laman tuiter itu menjadi tempat luahan si musuh-musuh mereka yang tidak puas hati dengan hubungan mereka. Bagi mereka, "diorang" tidak tahu apa-apa dan hanya mendengar omongan si mangsa yang cemburu.

Kawan menjadi lawan kerana seorang manusia asing. 

" Kau, mak aku jumpa lelaki tu dating dengan perempuan tu kat perpustakaan tadi petang" ujar si rakan.

Tersentak!

"Betul ke? Diorang berdua je ke?" luah si kawan.

"Kata mak aku, cuma mereka berdua. Lelaki itu menyorok-nyorok nampak mak aku. Perempuan tu pulak, tunduk je"

"Errm, berani-nya diorang!"

"Perempuan tu dah berubah...sangat.."

Geram, sedih, kecewa, dikhianati...perasaan apabila seseorang yang kita sayang, kita kenal berubah menjadi seorang yang buruk perilakunya. Kekadang tertanya, salah kita kah dia berubah? 


Dan si pemerhati hanya mampu diam, menyaksikan.

"enough, aku pun tak hingin dah nak dirikan benang yang basah. Teruskan mengata. Terima kasih" komen si perempuan.

"Kalau rasa sayang kepada kawan itu lebih utama kenapa tidak berusaha untuk menerangkan perkara yang sebenar? Mana usahanya? Mana ucapan kata maaf yang bersungguh-sungguh? Ada dilakukan?" komen si mangsa.

Si lelaki, tersenyum girang. Misi-nya berjaya... meranapkan sebuah persahabatan antara dua rakan baik. Penghormatan akan diraih kerana dua orang perempuan bercakaran kerana dia yang jongos ni. Si pemerhati memerhati, "kau tengoklah nanti lelaki, aku buat kau jadi ketuat habis drama ni nanti! Biar mangsa picit kau puas-puas!"

Si orang luar, tidak mengerti tapi mahu cuba mengerti, akhirnya salah mengerti. Jadi, jangan berkata apa-apa jika tidak pasti yang mana tahik yang mana bunga, Sebab mungkin omongan itu nanti makin membinasakan sebuah persahabatan. Tak perlu berlagak baik, cuma kena paham konsep ni bukan konsep variation tapi ni konsep differentation. Berbeza ok.

Si pemerhati bukan si batu api. Si pemerhati seorang rakan si perempuan tu juga. Si pemerhati bukan mahu melaga-lagakan, menambah air yang sedia keruh dengan cholorox. Tapi terpulang...ikutlah cara deme memahami konflik drama Rex-Nyah ni.

"Kami tak kuat dan kami tak besar tapi bila bekerjasama, semua jadi mudah!"



Ulasan

Hanamiko Sakura berkata…
macam cerita novel.. :)
kalau salah satu sahabat kita berubah sebab benda ni.. mesti sangat kecewa kan.. :)
AmySyahiera Malik berkata…
biase lah sys ,
dlm persahabatan ade baik gaduhnye ,
chop ! pic tu ade lagi sorang yerk ?
Tanpa Nama berkata…
kalau persahabatan tu betul2 kukuh.
tak akan terhakis sikit pun dengan dugaan.
kalau terkikis tu.
maknanya ada benda yang tak kena la dengan persahabatan tu.
:)