Simpatinya ada...




Acara sukantara dah bermula. Bagi jasad-jasad yang bergelar Atlet, ini semua perkara biasa tetapi bagi jasad-jasad yang memiliki lemak berlebihan ni, ini seperti pentas neraka.

"Perempuan A Leo! Perempuan A Leo!" lolongan hebat si guru merancakkan suasana.

"Wuhooo, kawan kita nak lari dah la" ujar si mangsa.

Ya, kelihatan si rakan dan si kawan bersedia di awal garisan dengan riak muka cuak. Almaklumlah, barisan kaum adam sudah mula menerjah pavilion, mencari tempat untuk berteduh sementara menunggu acara seterusnya.

"E'eh, ada si perempuan tu la" keluh pemerhati dalam hati. Sejenak menjeling ke belakang, memerhati tingkah si lelaki yang enak bergelak tawa. "Gamaknya lelaki ni tak perasan ke perempuan dia nak berlari tu. Mana sokongan moral ni?" persoalan terucap dalam hati. Malas diperdulikan, mata kembali memerhati tingkah si rakan dan si kawan yang keluh kesah, cuak dan malu yang bercampur menjadi sebatian ligat.

"Ke garisan..."

"sedia...."

"MULA!"

Si mangsa cuba mengeji si rakan dan sahabat. Dijeritnya nama si sahabat pabila melihat si kawan sudah laju ke depan meninggalkan si rakan dan si perempuan di belakang. Raut muka si kawan jelas malu, sengih seperti nasi basi. Pemerhati dan Si sahabat hanya mampu gelak.

Tiba-tiba, dari kejauhan... si mangsa berhenti bersorak. Bangun dan berlari ke hujung padang. Ya, ada jasad terjatuh sewaktu berlari. Namun tidak diketahui siapa. Pemerhati memerhati tingkah si mangsa dan tersenyum. Ya, dia tahu...si perempuan yang menjadi mangsa padang saat itu.

Dalam benci pun ada risau.. itu namanya perikemanusiaan.

"Arghhh, maruah aku diinjak!" keluh si kawan dalam riak orang gila. Sedih tapi gelak. Sungguh tak paham.

"Aku nak tarik seluar korang sorang-sorang. Baru korang rasa betapa malunya dimalukan di hadapan budak laki!" jeritnya lagi, berguling-guling di padang lalu meluru ke arah pemerhati, cuba menarik seluar si pemerhati. Berlaku adengan tunjah menunjah pakai kaki bersaksikan Cikgu yang hanya menggelengkan kepala.

Si mangsa hanya diam. Si perempuan bisu menahan sakit akibat terkehel kaki sewaktu cuba berhenti di garisan penamat. Gelak tawa bergemelapan dalam hati. "Sayang jugak mangsa dekat perempuan".

" Kau, tolong bagi kain ni dekat perempuan tu" si mangsa menghulurkan kain sapu tangan bewarna biru laut kepada si sahabat. Lalu membawa diri, menuju ke arah si rakan dan sahabat yang meroyan kerana menahan malu yang amat.

Lawak... mungkin? Sayang...Itu pasti.

"Erm, ni dia bagi kat kau" hulur sahabat kepada perempuan.

"Siapa?" bulat mata si perempuan.

"Bekas kawan baik kau! Oh, sebelum tu...mana lelaki kesayangan kau? Taknak tolong kau ke?" soal sahabat, keras dalam lembut. Caranya.

"Ermmmmmm" air mata menerjah di pipi.

Ini realiti, sesuatu yang jahat dibalas dengan baik adalah cara paling terhormat dalam membalas dendam. Biar mereka berbuat khianat, jangan kita yang dilaknat. Biar kita balas pakai dengan cara menabur budi, agar nanti ke-insafan itu datang, kebenaran akan mengikut. Memang, kita ucap pada satu dunia "Gua benci lu, gua takkan maafkan lu even gua berak berdarah pun" tapi tak salah kita kasi BUDI dekat si Lu tu. Biar terhiris sikit empatinya, biar dia sedor yang mana lebih sayangkan dia. Ye idak? Kekadang hidup ni, mesti ada dramatik ala kelas drama swasta sikit, persetan-lah kalau si preydator tu ludah kita dengan "alah, nak buktikan dia yang teraniaya lettew". Bior ajo, mulut dia, dosa dia. Kita punya hal, selagi boleh tunjuk ikhlas dalam berbudi, teruskan. Insyallah, pahala yang kita dapat. 

Simpati, perikemanusiaan... itu sifat wajib untuk manusia. Jika tiada? Binate la namanya. 


Ulasan

Tanpa Nama berkata…
tak pahamm.
sebab susah nak kenal pasti watakkk.
nape tak letak nama jeee
T_____T
x berkata…
drama realiti yang ber-episod? ni episod akhir ke? frankly speaking, tak berapa nak paham sebab watak main 'perempuan', 'mangsa', 'sahabat' gitu tapi serious memahami heartbroken terserlah kat situu dan kat episod sebelum. kalau last last post memang ada kaitan :)