Melawa? Antara hak dan batil.


"Amboi, cer berlawa sikit, baru laku"

Ayat tu memang selalu diperdengarkan daripada mulut sang mak/ibu/ummi/nenek yang memang prihatin kalau anak dara sunti-nya tak laku. Tetapi acano kalau ayat diatas tu dari buah butir bicara sang rakan taulan atau dari si kekasih tak halal bernama PAKWE? Acano tu? Acano tu?

Kata sang rakan taulan:

"Wei, melawa la sikit, baru crush kau berkenan. Tengok aku *flip rambut*, pakwe aku selalu puji aku. Katanya, kawan-kawan dia jeles sebab dia dapat aku. ahaks"

Laiha, kekadang perempuan ni tipikal jugak kalau dipuji dengan pakwe tanpa memikirkan dengan mendalam kata-kata manis berintikan santan basi. Awak, kalau betul pakwe awak nak-kan awak, dia mesti tak tengok dari rupa paras. Dia tak akan paksa kita touch up muka kita dengan bahan kimia. Tak akan suruh kita pakai pakaian yang ketat, tak cukup rupa kain. Nak tahu dia akan paksa kita buat apa kalau dia betei-betei sayangkan kita? Nuh, dia pi suruh kita cermin diri tuk sedarkan diri kita yang kita memang naturally beauty, tak perlu melawa nak rak, kalah kabinet di dapur. 


Melawa? tak salah tapi biarlah berpada jangan mengada. Cukup sekadar celak di mata sebagai hiasan ibarat sunnah Rasullulah. Tetapi yang lebih afdal kalau kita melawa dengan santun budi, lemah lembut seorang muslimah. Auwww, memang konfirm mata dan hati sejuk beku nak memandang.

Kata sang Pakwe:

"Bebi, bebi ni tak cukup hot la..uhuks. Cuba bebi melawa sikit, malu i depan kawan-kawan i"

Buta mata tak nampak jalan raya, buta nafsu tak nampak apa dah. Truly, kalau lah pakwe hangpa sedibik macam "I" di atas, mohonla ceraikan dia dengan talak tiga. Kalau betul dia nak kat hang, tentunya dia tak mintak lebih daripada kita DAN yang pasti dia surely akan terima kita apa adanya. Kat situ kita boleh detect mamat tu nak kita sebagai apa, sekadar aweks atau untuk dibuat bini. Tenung dalam-dalam k.

Moraliti-nya, cukuplah kalau kita melawa untuk dia yang HALAL bagi kita. Dapat pahala free-free je tapi kalau melawa untuk pakwe? Sah-sah dapat dosa. Betulkan? Jadi, ada akal fikirkan, ada nafsu mohon dikawal, ada hati mohon dijaga, ada aurat mohon ditutup, ada agama mohon di-amalkan... Assalamualaikum :)


Ulasan

Hanamiko Sakura berkata…
kadang2 akak rasa sedih je bila tengok kawan akak yang dulunya bertudung.. menutup aurat.. then, tiba2 dia berubah.. sedih sangat..

kadang2 pun akak tak faham.. kenapalah perempuan tidak mahu menutup aurat.. soalan itu sentiasa tergantung dalam diri akak.. nak dikatakan jawapan diorang.. panas lah rimas lah.. rasa macam tak releven betul..

tapi apa pun, entri adik akak sorang ni memang best.. lebih baik berlawa dengan yang HALAL.. :D
vendoline berkata…
penampilan kene la jga
islam pon tuntut penganutnya menjaga penampilan
Ainsha berkata…
itu mungkin kerana pengaruh luar. Orang berubah ni ada banyak sebab, pengaruh luar antaranya. Insyallah, kalau Allah nak, Allah tarik balik dia kembali ke jalan yang benar. Apa yang kita perlu buat, cuba nasihatkan dia dan tunjukkan contoh baik. yang penting, jangan mengumpat dia, tak pasal dapat dosa free of charge. Hihi, terima kasih akak :)