Insecure moodie

Apabila dirimu meminati seseorang, mohonlah kepada Allah SWT agar hatinya akan kamu miliki. Jika kamu sangat menginginkannya dengan sebenar-benar keinginan, maka bermohonlah dengan sebenar-benar pengharapan.

Jangan sesekali kamu merayu pada si dia, kerana bicaranya mungkin akan membuatkan kamu terluka. Apabila hati dipersenda, pasti sebuah kekecewaan akan menerpa .

Namun, jika dirimu memohon terus kepada Allah, Penciptanya, dua kemungkinan sedia menanti kamu, iaitu mungkin dirimu mendapatkan hatinya atau mungkin kamu akan mendapat seseorang yang lebih baik darinya
Wallahua’lam..

Saya selalu doa kat Allah supaya jaga hati , jaga iman, dan jaga akhlak awak . Benda baik tak perlu rush kan? hehehe.. InsyaAllah. Everything will be fine ;]
 
 khuatir itu perlu ikhtiar,
bila ikhtiar, perlu ikhlas,
bila ikhlas, insyaAllah redha.
sayang Dia. sayang semua.

Ulasan