LOL!

1 Syawal



Pagi
Ringtone I want to hold you hand berdendang dari Samsung Corby menandakan ada panggilan dari keluarga masuk. Senang, buat ringtone sama untuk panggilan dari keluarga, tak payah dah nak slide bagai nak tengok nama.

"Hello Mak ndak" nada kemalasan kerana baju raya tak sterika lagi.

"Awok balik rumah aki biler?" terkeluar loghat pahang yang pekat.

"Ntoh, luso gamaknya. Apa padah?" memicit pelipis yang stress dengan strika stim yang mengewap.

"Balik ler awal sikit, ni Fadhil nak datang beraya. Almaklumlah, tahun depan dia dah beraya ke perantauan."

Cis, beruk mat yeh tu lagi. Bajet gua nak ampunkan lu lah lepas kau propa, bikin drama seposen nak meminang aku. Memang tak la aku.

"Tengoklah acano" membalas nak taknak.

Padah tak padah nak hadap lelaki yang dah dianggap macam abang kandung sejak berumor 4 tahun yang tetiba khianat dekat kita. Lantak hang la tahun ni tahun akhir ke, tahun awal ke, gua mana mahu kisah. Aku pun tak menahu dia dapat tajaan mara ke mana, dalam kursus apa dan bila mahu blah. Senang cerita, tak hingin pun nak tahu.

"Janji ye kawan sampai mati!" kalaulah dia ingat janji tu...

Tengah-hari
 Panas giler raya tahun ni. Rasa dah bershower dengan peluh yang tak berhenti keluar. Terasa berada dalam sauna. Panas-panas gini elok kalau mata tertutup, menembusi alam mimpi tetapi bak kata ustaz Mat:

"Hari raya elok pergi berziarah bukan tidur atau tengok tivi dekat rumah. Tu baik jadi hantu raya!"

Ku gagahkan diri jua tetiba...

"Ada orang nak datang! Cepat buat air" Mak Ngah menjerit.

"Siapa lah pulak?" bisik hati. Malas nak berdilema, terus menyusup ke dapur.

Dah Mak Ngah ni kenapa? Pandang aku, senyum-senyum pulak. Gaya orang tak siuman. Aku membalas dengan julingan tahap kriminal.

"Assalamualaikum!!!" suara riuh di depan pintu.

"Sha, pergi layan tetamu tu" ujar Mak Ngah.

Lol, kenapa aku? Memang tidak la aku nak memalukan diri, dan memang aku azali pemalu. Setelah kena paksa, ku tembokan muka, pergi beramah mesra dengan kawan merangkap jiran Mak Ngah. Lol, sekali lagi terkesima, kawan aku tu kot. Kawan yang selalu duk melepak depan landasan keretapi Mentakab dengan adik dia, Farah. Kawan yang boleh dilabel gila punya nakal tapi bapak punya pandai. Dah beso anak orang ni, makin hensem tapi sayang gua tak berminat.

"Ni la Sha. Tak ingat ke?" tetiba Mak Ngah mencelah.
"Mestilah ingat!" dengan senyuman paling jahat, manusia tu menjawab.

LOL, PERMAINAN APAKAH?!

Sekali lagi diri terasa teraniaya dengan Mak sedara yang punyai niat yang baik nak menjodohkan anak sedara dia yang comel ni. Walaupun manusia tu dapat 7A SPM dan belajar dekat UITM Puncak Alam ke, tetapi tulus dari hati, gua hanya minat dekat Jibah je. Lahai...susah

Petang

Aki Ngah datang, mohon balik cepat.

SMS tu dipandang biasa je, orang nak beraya pun susah. Terpaksa lah gua balik dari beraya tapi memang kudrat dah habis, penat mengeluarkan peluh harini.

Tetiba pulak gua malu nak masuk rumah ni kenapa. Yela, mana tak malu bila ada anak teruna merangkap bapak saudara tapi umo muda setahun dari aku duduk tercongok depan pintu.

"LOL, sejak bila budak ni pakai spek mata. Tahu tak yang aku lemah dengan orang pakai spek ni. Hensem siot!" gumam dalam hati.

"Hoi, ko pergi mana hah? Lama aku sampai kot"

Kemain mencekak pingang, macam laki aku je soal siasat aku. Lempang karang, naiya je gigi tu.

"Sibuk je!" terus berlalu.

Pak sedara berumo setahun muda dari aku,sejak dia dah jadi anak teruna ni, makin aku tak selesa nak berkomunikasi. Bukan apa, layanan dia bapaklah romantik. Tengoklah masa kenduri kahwin acu dulu:

"Sha, nak air tak?" menjinjing jag air teh sejuk

"Bolehlah, tekak memang kering ni"

"Kejap tau!" berlari pergi ambil gelas dekat belakang rumah. Tuangkan dengan lemah lembutnya.

"Nah! Special teh susu ais"

Ternganga aku, betul ke tidak budak ni. Lepastu, boleh dia tunggu sampai air aku habis dan tanya sama ada aku nak tambah lagi ke tak. Belum lagi dengan kes curik nombor telefon aku. LOL, geliman aku. Sejak dari tu, memang aku tak bercakap dah dengan dia kecuali dengan benda-benda penting.

"Aki nak balik dah ni."

Akhirnya, boleh tidur! Yeay!!!!

Sesi bersalaman dan duit raya diberi. Tetiba budak tu datang ambik que belakang akak dia. Gile apa budak ni nak bersalam dengan aku. Tiba turn dia:

"Apa nak buat ni" keluh kesah dalam hati.

"Eh, budak ni tak boleh salam. Patutnya dia salam saya sebab pangkat saya tua dari dia" selak dia cakap dengan pak lang!

"LOL! KISAH PULAK AKU!" terus masuk dapur. GERAM!

<102512198_EPI>

Kekadang pelik, ada benda yang kita minat tapi tak boleh dimiliki tetapi ada juga benda yang kita tak minat tapi senang je nak miliki. Pelik kan? Ada perkara yang sukar nak di-agak, malahan tak terjangka dek akal mahupun anganan, sebab apa? Sebab kita merenung pada hakikat sebenar, kenyataan yang terlihat tetapi tak terjangka. Sungguh, yang kasar tu memang jelas kelihatan namun yang halus tu, hanya sesetengah yang boleh mengerti.

Allah understands what you have gone through because he was there with you all along

Ulasan

EnciK AxixOu berkata…
Selamat hari raya buat owner blog...
Tanpa Nama berkata…
selamat hari raya~...