Men shopholic~
Orang kata, keluar shoping dengan perempuan amatlah membosankan tetapi kenapa hari ni, aku sebagai seorang perempuan tulen merasakan bahawa keluar dengan kaum lelaki amat membosankan malahan menjengkelkan. Menyandang pangkat "anak sedara" yang mithali, maka aku pun menyahut seruan pak lang untuk teman dia keluar ke bandar Temerloh. *padahal aku eksited nak pi beli kasut*
Bukti 1# kasut!
Aku round dua, tiga biji kedai..jumpa kasut yang terkenan di hati terus gua beli tapi pak lang aku...
Masuk kedai tu, cuba pakai. Cembik mulut gaya mulut itik, bajet lu hensem ar macamtu, geleng kepala terus blah. Masuk kedai lain, buat pesyen yang serupa sampailah kaki aku terasa layak masuk unit fisiologi. Dua jam keluar masuk kedai kasut, pak lang tetap single tanpa beg kasut di tangan dan aku bengang tahap ketuat! Maka dengan kebosanan ditambah kepenatan melihat orang tua tu cerewet dengan kasut, aku pun me-round kedai kasut lain dan nak dijadikan tuah nampak dikaki, gua terbeli sebiji lagi kasut dan pak lang masih berteleku di kedai kasut Bata, tak ketemu jodoh kasutnya. 3 jam melalut macam orang tak betol, akhirnya bertemu juga jodoh orang tua tu dengan sandal Bata! Nampak tak permainan dia yang buat aku rasa nak pancit-pancitkan tayar Proton dia. Sabar je.
Bukti 2# Baju!
Memandangkan temerloh dah ada Star Mall pacifik setaraf ECM kat kuantan sana nuh, maka aku menuntut pak lang aku ke sana. Bermula la era kejakunan aku, almaklumlah bukan makanan aku pergi mall-mall ni. Jadi, malas nak memandir macam situasi mencari kasut tadi, aku nekad pergi Popular dan orang tua tu pi beli belah sendiri. Sejam aku duduk bertapa dalam Popular ditambah 15 minit di Watson dan orang tua tu berjaya beli baju melayu je. LOL!!!! Rasa nak mengamuk je dalam mall tu, lepastu boleh dia ajak shopping ke Triang pula. Menurut je la sebab dia driver.
Bukti 3# Seluar!
Kali ni aku malas dan penat ditambah tudung dah lari 100 meter dari titik asalan, aku hanya duduk dalam kereta, MEMBUTO. Kali ni paling dasat, mahu 3 kali aku terlelap tapi orang tua tu tak balik-balik dari kedai. Geram je nak memandu balik dengan kadar sendirinya. Jam dah pukul 3 baru lah nampak dia pulang dengan membawa seplastik kecik berkaler hijau. DEM! KAU PERGI SELUAR KE KAU PERGI JAHIT SELUAR ALANG OII! Balik tu, dari Bandar Triang, masuk simpang Sebertak lepas simpang Felda Kepayang, mulut aku membebel tak tentu hala, geram gilerrrrr kot! Aku perempuan pun reti jugak nak jaga masa nak membeli belah. LOL!
Konklusinya, lelaki atau perempuan yang paling annoying, over dalam membeli belah? Cer fikir, cer fikir! Kbai
p/s: semangat nak bakar lemang warisan keluarga :3
Ulasan
tapi xsemua laa...heheh
lelaki kate perempuan ,
so , senang cite dua-2 cerewet .
haha
kasut sys yg kedua tu comel la ,
nak satu jugakk !
btw , selamat hari raya ! :D